My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 21 March 2017

    Berilah Pendapat Yang Membina Bukan Menghentam



    Membicarakan tentang sijil UEC yang sejak akhir-akhir ini cukup hangat diperkatakan. Tidak dinafikan wujud sedikit kebimbangan mengenainya. Manakan tidak, ramai yang berpendapat, kerajaan tidak wajar mengiktiraf sijil ini kerana ianya jelas berlawanan dengan Dasar Pendidikan Negara 1996.

    Alasan yang diberikan adalah, sijil UEC ini tidak mewajibkan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai matapelajaran teras bagi melayakkan seseorang calon itu lulus dalam peperiksaan yang diambil. Malah, bahasa penghantar juga dilakukan dengan menggunakan bahasa Mandarin, bukan Bahasa Melayu seperti kebiasaannya.

    Dari satu segi, kebimbangan mereka jelas berasas. Manakan tidak, sudahlah tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantara, sijil ini juga tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara. Ini menyebabkan ramai yang mempersoalkan, apa rasional disebalik cadangan Tan Sri Annuar Musa mengiktiraf sijil ini?

    Benar, mereka tidak mewajibkan pengambilan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai subjek wajib lulus untuk melayakkan mereka memasuki IPTA negara. Namun, jika pihak Dong Zong yang mengendalikan Sekolah Persendirian Menengah Cina ini menerima cadangan Kementerian Pendidikan, haruskah kita terus memulaukan sijil UEC ini?

    Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa ini hanyalah diperingkat cadangan dan masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cadangan ini. Bukan satu masalah untuk mendengar terlebih dahulu sebarang cadangan yang dikemukakan oleh kedua-dua belah pihak asalkan kita mencapai keputusan menang-menang.

    Mari kita ambil contoh bagaimana Sarawak menjadi negeri perintis yang mengiktiraf sijil ini. Memang diakui, pada peringkat awal, memang terdapat tentangan dari warga pendidik dan bumiputera di sana. Malah ada yang menzahirkan kebimbangan yang sama seperti apa yang berlaku sekarang.

    Namun bagi bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem, beliau memandang jauh tentang perkara ini. Sejak awal kemerdekaan, kita kena akui bahawa Malaysia dibina menerusi 3 kaum utama, Melayu, Cina dan India. Untuk memisahkan hubungan kimia antara 3 kaum teras ini, bukanlah satu tindakan bijak.

    Justeru beliau merasakan, untuk mengiktiraf sijil UEC ini bukan satu masalah besar sekiranya pihak Dong Zong turut akur kepada syarat-syarat yang dikemukakan oleh kerajaan negeri.

    Dalam hal ini, perkara yang sama turut sedang berlaku. Untuk berlaku adil, usah terlalu cepat menghukum sedangkan perkara ini baru sahaja diperingkat cadangan, belum lagi perlaksanaan. Tidak salah untuk mengemukakan pendapat, cuma biarlah ianya diraikan sebagai satu perbincangan, bukan menghentam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berilah Pendapat Yang Membina Bukan Menghentam Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top