My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 14 March 2017

    Pengalaman Membeli-Belah Ala Vintaj Di Levi’s



    levi’s, merupakan jenama pakaian daripada denim seperti jean, jaket dan juga pelbagai aksesori lain. Kepada pemburu tegar rangkaian produk denim, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi butik bertaraf elit Levi’s baharu yang dibuka secara rasmi di Pavilion Elite Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

    Butik dengan ruang seluas 257 meter persegi menonjolkan daya tarikan tradisi Levi’s yang berteraskan keaslian dan ketukangan. Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia, Imran Butt berkata, butik tersebut memberikan pengalaman membeli-belah baharu menerusi suasana persekitaran ala vintaj.

    “Sebaik sahaja melangkah masuk, pengunjung disambut dengan pelbagai dekorasi berbeza tekstur dan tona seperti kayu pain, gegelung keluli serta konkrit bergilap. Pastinya suasana tersebut mampu membangkitkan suasana beli-belah dan pada masa sama pengunjung dapat melihat sendiri koleksi Vintaj Levi’s ikonik yang dihasilkan semula dan edisi istimewa.

    “Sempena pembukaan butik ini, Levi’s turut menampilkan koleksi terbaharu iaitu Levi’s Orange Tab iaitu pakaian bercirikan old school pada era counter culture sekitar tahun 1960-an,” ujarnya ketika ditemui di Pavilion Elite Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Ia merupakan gabungan unsur pakaian lama dan baharu yang menampilkan kemasan berciri vintaj mengikut potongan dan fabrik terkini. Koleksi Levi’s Orange Tab akan berada di pasaran seluruh negara bermula April 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pengalaman Membeli-Belah Ala Vintaj Di Levi’s Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top