My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 March 2017

    Kena Tetak Enggan Makan Biawak



    Hanya kerana enggan menikmati hidangan daging biawak, seorang lelaki cedera parah pada kepala selepas ditetak dengan sebilah parang oleh rakannya dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Suai Niah dekat sini kelmarin. 

    Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun sedang minum alkohol bersama suspek sebelum dihidangkan dengan masakan daging biawak.

    Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, insiden itu berlaku selepas suspek yang berusia 32 tahun tiba-tiba ‘naik angin’ berikutan mangsa yang juga seorang petani enggan memakan daging reptilia tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kena Tetak Enggan Makan Biawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top