My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 12 July 2017

    Carrick Dilantik Kapten United



    MICHAEL Carrick mengambil alih sebagai kapten skuad Manchester United selepas Wayne Rooney berpindah semula ke Everton. Carrick, 35, berkata, pelantikan itu satu penghormatan besar baginya. 

    "Tahun ini tahun ke-12 saya berada di United dan saya tak sangka berada di sini selama itu dan mencapai begitu banyak kejayaan. Kini, untuk memimpin pemain dan menjaga serta membimbing mereka satu perkara yang baik dan sernonok.

    "Saya datang ke kelab ini sebagai pemain dan kini seorang peminat besar. Saya semakin menyayangi kelab ini dan peluang berada dalam kedudukan ini sesuatu yang sangat istimewa bagi saya," katanya kepada saluran MUTV pada Selasa.

    Carrick menyertai United dari Tottenham pada 2006. Dengan perpindahan Rooney, Carrick pemain paling lama di Old Trafford.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Carrick Dilantik Kapten United Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top