My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 1 June 2018

    Telefilem Santai Dalam Mood Raya



    Pengkarya yang bijak sentiasa menghasilkan naskhah seni berdasarkan persekitaran dan peristiwa sekeliling. Ini dipraktikkan oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah menerusi telefilem terbaru arahannya berjudul Baju Raya Eksklusif tulisan Zaharuddin Md Desa yang akan menemui penonton di TV3 pada 17 Jun ini , jam 5 petang. 

    Telefilem genre komedi ringan ini menampilkan barisan pelakon mantap seperti Scha al Yahya, Lia Natalia, Didie Alias, Issey Fazlisyam danFazlina Ahmad Daud. Sesuai dengan musim perayaan, Shuhaimi tidak mahu memberatkan fikiran penonton dengan drama sedih sebaliknya mahu mereka santai sepanjang tayangan.

    “Proses awal, saya bersama pelakon dan kru duduk berbincang apa yang perlu dilakukan. Proses ini wajib ada kerana saya tak mahu berlaku sebarang masalah ketika penggambaran. Cara sebegini dapat memudahkan semua pihak dan memastikan segalanya berjalan lancar. Tiada lagi masalah pelakon atau kru yang kurang faham watak dan tugas mereka,” katanya.

    Menurutnya, pelakon juga bersedia sebelum masuk lokasi dan ia sekali gus membuatkan urusan kerja lancar hingga selesai penggambaran. “Saya hanya bagi sikit panduan kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing. Seperkara lagi, saya orang yang boleh terima pendapat dan sentiasa buka ruang untuk pelakon ketengahkan idea mereka.

    “Tidak perlu nak terlalu serius kerana nanti menyusahkan semua pihak. Saya semakin memahami situasi kerana sudah tujuh tahun mengarah,” katanya.

    Shuhaimi menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat barisan pelakon terbaik seperti Scha yang sudah lama tidak muncul di TV. “Dia orangnya spontan dan sentiasa ada idea menarik. Secara tak langsung, rakan gandingannya pun buat yang terbaik.

    “Saya amat berpuas hati dengan lakonan dan komitmen yang ditunjukkan Scha. Rentak dan gaya lakonannya belum hilang, malah dia antara pelakon wanita terbaik negara,” katanya. Dia turut memuji pelakon lain kerana memberikan persembahan yang tidak mengecewakan.

    “Fazlina sudah biasa bekerja dengan saya. Dia tampil dengan gaya lakonan dan idea yang berbeza tidak kira apa watak dan genre drama yang dibintanginya. Lia, Didie dan Issey pula dilihat sebagai pelengkap cerita ini. Tanpa mereka, keseluruhan cerita pasti kurang menarik,” katanya yang sudah mengarahkan banyak telefilem.

    Sinopsis

    Mengisahkan Shunurin dengan Hazwani yang sering tidak sependapat. Namun ada waktunya mereka akan bersatu dalam beberapa aspek. Persamaannya, mereka memang suka bergaya sejak kecil dan berangan mahu jadi model dan tauke butik. Kali ini mereka bersatu hati mendapatkan baju raya eksklusif paling gempak untuk lebaran.

    Mereka sepakat mencari tukang jahit tersohor atau ke butik popular. Shunurin dan Hazwani melepak serta berbincang di rumah ibu saudara mereka, Mak Tam Dira yang menjadi tempat rujukan. Cadangan mereka mendapatkan khidmat tukang jahit tersohor atau ke butik popular dibangkang keras Mak Tam Dira. Dia mencadangkan beli kain di pasar sehari di pekan.

    Kemudian upah Mak Siah tukang jahit popular kampung itu. Shunurin dan Hazwani bagaimanapun menolak cadangan itu dengan alasan Mak Siah tidak tahu fesyen semasa. Mereka mahu bergaya seperti artis dalam program TV.

    Menerusi Facebook, mereka berkenalan dengan Ramlah Natasha yang mendakwa drinya ejen baju raya berjenama eksklusif dari butik popular. Ramlah menawarkan diri membawa mereka ke kilangnya sekali gus membuatkan mereka teruja. Mak Tam Dira terkejut dengan harga diletakkan Ramlah Natasha dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Telefilem Santai Dalam Mood Raya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top