My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 21 February 2016

    Pemuda Dan Puteri UMNO “Memboikot” Majlis Sambutan 40 Tahun Najib Dalam Politik?





    Disaat hampir 2,000 orang hadir dalam majlis bacaan Yasin dan Tahlil sempena menyambut 40 tahun penglibatan Datuk Seri Mohd Najib dalam politik, hampir kesemua Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO hadir bagi memeriahkan majlis ini. 

    Turut kelihatan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO bersama-sama ahli-ahlinya yang lengkap berbaju kurung hitam bergaris merah. Kesemua mereka nampak meraikan majlis ini dengan turut menyertai solat Maghrib berjemaah, majlis bacaan Yasin, solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

    Namun sekali lagi majlis seumpama ini seolah-olah dipulaukan oleh sayap Pemuda dan Puteri UMNO. Langsung tiada kelibat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersama exconya dan tidak kelihatan Datuk Mas Ermieyati bersama-sama barisan exconya. Apa sebenarnya yang sudah terjadi kepada kedua-dua sayap penting UMNO ini?

    Jika mahu disebut tentang sumbangan mereka dalam merakyatkan UMNO di peringkat bawahan, pastinya ada yang tergelak mendengarnya. Jika perkara wajib seumpama ini pun gagal dilaksanakan, apatah lagi majlis paling bererti bagi Presiden UMNO dan Perdana Menteri ini juga turut gagal dihadiri oleh dua orang pendokong anak muda ini.

    Adalah sesuatu yang mustahil mereka tidak dijemput kerana mereka adalah orang penting didalam parti. Malah, pihak penganjur juga sudah mengesahkan, kehadiran para tetamu tidak lagi bergantung kepada jemputan, sebaliknya ianya dibuka kepada orang ramai dan pihak media apatah lagi bagi kedua-dua orang penting parti ini.

    Keadaan ini menampakkan seolah-olah mereka tidak lagi berminat untuk berketuakan Datuk Seri Mohd Najib. Bagi Khairy contohnya, jika program hiburan, beliau pasti akan hadir, kenapa majlis yang paling bererti bagi Datuk Seri Mohd Najib dan majlis keagamaan seperti ini, beliau memilih untuk tidak hadir? Adakah beliau memilih untuk memboikot majlis seumpama ini?

    Bayangkan, Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sanggup hadir dalam majlis seumpama ini, kenapa tidak bagi Khairy? Adakah beliau terlalu sibuk dengan urusan beliau?

    Bagi Datuk Mas Ermieyanti, adakah program ini tidak penting bagi Puteri UMNO? Sudahlah kini teruk diasak oleh pembangkang berikutan peranan Puteri yang tidak seberapa dalam UMNO, ketidak hadiran ketuanya sendiri melambangkan beliau kini sudah “besar” dalam kabinet walhal beliau hanyalah Timbalan Menteri Perlancongan.

    Sewajarnyalah, mereka patut hadir dalam program seumpama ini. Mereka adalah ketua, dan seorang ketua wajar menunjukkan contoh yang baik kepada anak buahnya. Andai ketua sendiri memilih untuk “memboikot” majlis seumpama ini, apa lagi harapan UMNO pada barisan ppemimpin pelapis yang diketuai pleh mereka berdua? Fikir-fikirkanlah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Depa ni sebenarnya sudah termakan hasutan dari mantan PM yang dulu. Depa lebih percayakan apa saja kata Tun berbanding percaya dan taat setia pada presiden parti. Inilah dia manusia pailng dalam UMNO hari ini.

      ReplyDelete

    Item Reviewed: Pemuda Dan Puteri UMNO “Memboikot” Majlis Sambutan 40 Tahun Najib Dalam Politik? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top