Dalam ulasan yang diterbitkan oleh sebuah portal pro pembangkang, MalaysiaKini, beliau mencabar Datuk Seri Liow bertanding di kerusi DAP sekiranya enggan memohon maaf kepada parti itu dan pemimpin supremo Lim Kit Siang.

Kedudukan Lim Kit Siang selaku orang nombor satu parti tidak pernah dicabar malah boleh dikatakan, tiada siapa yang berani mencabar kedudukannya di dalam DAP. Justeru, tidak hairanlah apabila Datuk Seri Liow dikatakan enggan tunduk dengan sebarang desakan permohonan maaf kepada DAP.
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, beliau mempersoalkan, kenapa beliau dan MCA harus memohon maaf sedangkan Kit Siang sebelum ini pernah memperlekehkan MCA di mata rakyat Malaysia? Malah, sejak dari dahulu lagi, Kit Siang amat gemar memperlekehkan kedudukan MCA di dalam Barisan Nasional.
Sehubungan dengan itu, adalah amat menghairankan, kenapa Lip Eng beriya-iya benar mahu menuntut Datuk Seri Liow memohon maaf? Bukankah selama ini DAP sememangnya mengamalkan pentadbiran ala anak beranak?

Bolehlah dikatakan bahawa apa yang dituntut Lip Eng ini sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menutup kepincangan DAP di mata rakyat. DAP hanya memikirkan kuasa dan bukannya keperluan rakyat sepertimana yang selalu dilakukan oleh mana-mana parti komponen Barisan Nasional, terutamanya MCA dalam memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment