My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 January 2017

    Ucapan Dan Air Mata Obama




    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kembali ke bandar angkatnya, Chicago kelmarin untuk mempertahankan legasi beliau dan menggesa rakyat AS supaya melindungi demokrasi daripada cabaran dari dalam dan luar negara, kata Obama dalam ucapan terakhirnya sebelum meninggalkan White House. 

    “Ya Kita Boleh. Ya Kita Lakukannya,” kata Obama, mengulangi slogan kempen presidennya pada tahun 2008 di pentas McCormick Place bersama Wanita Pertama Michelle Obama dan anak sulung mereka, Malia.

    Obama melaungkan slogan itu selepas menyampaikan ucapan terakhirnya di Chicago, bandar di mana beliau memulakan kerjaya politiknya. Sebelum berucap, Presiden AS itu menerima tepukan gemuruh daripada 18,000 warga Chicago, penyokongnya, barisan setiausaha Kabinet dan kakitangan White House.

    Detik tersebut bercampur baur buat Obama yang mengimbas kembali tempoh lapan tahun beliau berada di White House. Obama berkata, antara pencapaian yang dianggap sukar sepanjang tempoh pentadbirannya sejak 2009 termasuk pembangunan ekonomi, membenarkan perkahwinan homoseksual, pembukaan hubungan diplomatik dengan Cuba dan perjanjian nuklear antarabangsa bersama Iran.

    Calon Parti Republikan, Donald Trump yang akan mengambil alih pentadbiran AS pada 20 Januari ini bagaimanapun merancang untuk membatalkan sebahagian besar pencapaian itu. Orang ramai pula bersorak mengejek Trump apabila Obama menyebut tentang peralihan kuasa tersebut.

    “Empat tahun lagi,” jerit sebilangan individu yang mahu beliau terus memimpin AS. Dalam ucapannya, Obama mengelak daripada mengkritik Trump secara langsung tetapi mengecam perpecahan dalaman yang berlaku di AS dan menggesa ke arah perpaduan.

    Cubaan untuk memecah­belahkan rakyat AS dengan melanggar hak dan penggunaan dialog politik kasar ha­nya akan melemahkan ikatan yang menya­tukan rakyat AS, katanya. “Terpulang kepada kita untuk memastikan kita mampu berdepan pelbagai cabaran yang terus kita hadapi.

    “AS memiliki potensi besar tetapi potensi itu hanya akan menjadi ke­nyataan jika demokrasi kita berfungsi, jika politik kita mencerminkan kesopanan rakyat kita,” kata Obama.

    Presiden pertama warga Afrika-Amerika itu memberitahu penyokongnya bahawa pemilihan beliau tidak dapat menghapuskan sifat perkauman di AS, seperti yang diharapkan oleh orang ramai, manakala keganasan antara kaum berterusan memecah­belahkan negara.

    “Hati kita perlu berubah,” ujar Obama yang memetik kata ikon sastera, Atticus Finch dalam novel To Kill a Mockingbird: Anda tidak akan benar-benar memahami seseorang sehingga anda menimbang perkara dari sudut pandangannya sehingga anda berada dalam diri­nya dan berusaha ke arah itu.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ucapan Dan Air Mata Obama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top