Agak mengejutkan apabila kematian abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam membabitkan sejenis gas beracun VX atau nama panjangnya Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate. Gas berkenaan juga dikenali sebagai gas ejen saraf ini merupakan sejenis gas yang boleh mengancam nyawa jika terkena secara langsung pada kulit.
Apakah itu agen gas VX? Gas VX merupakan sejenis bahan kimia yang sangat toksik dan beracun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengkategorikan gas ini sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Jika kita masih ingat episod Perang Teluk ke dua, George W Bush mendakwa Iraq mempunyai WMD dan salah satunya adalah tuduhan Iraq mempunyai gas VX secara besar-besaran.

Jika seseorang itu terkena secara langsung dengan gas ini, ianya boleh melumpuhkan sistem tubuh manusia dan seluruh otot. Ia juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi atau rendah secara tiba-tiba jika memasuki sistem pendarahan manusia. Selain itu, ianya akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan degupan jantung menjadi laju atau perlahan.
Gas ini sebenarnya ditemmui oleh seorang ahli kimia, Ranajit Ghosh dan J. F. Newman pada 1952. Setelah penemuan gas ini, ianya telah di gunakan untuk tujuan komersial dan turut digunakan untuk pencegahan seranga tumbuhan. Pada ketika ini, kebanyakan petani Eropah menggunakan gas ini dengan meluas sebelum ianya dikawal oleh Persatuan Pertanian Eropah.
Pada penghujung tahun 1955, sekumpulan saintis telah menemui sisi lain bagi gas ini di mana gas ini mampu untuk dijadikan senjata untuk membunuh. Sejak itu, antara elemen terpenting dalam membentuk sesebuah senjata nuklear atau senjata kimia yang lain, wajib memasukkan gas VX sebagai "bahan" tambahan supaya ianya lebih berkesan untuk membunuh musuh.
Diseluruh dunia hari ini, hanya beberapa buah negara yang mempunyai simpanan ejen gas saraf VX ini. Antara negara-negara berkenaan adalah Amerika Syarikat, Russia, Israel, Pakistan, India dan Korea Utara di mana kesemua negara-negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai loji nuklearnya yang tersendiri.

Pada tahun 1994, Masami Tsuchiya telah bertindak nekad dengan melepaskan 100 hingga 200 gram gas VX yang telah mengakibatkan 3 orang terbunuh di Jepun. Empat tahun kemudian, tentera Amerika Syarikat telah mengebom sebuah makmal memproses senjata kimia di Sudan yang dipercayai memproses gas VX.
0 comments:
Post a Comment