My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 25 February 2017

    Berakhirnya Mimpi Indah Ranieri




    Kisah ‘dongeng’ pengurus Leicester City, Claudio Ranieri bersama kelab tersebut berakhir dalam keadaan yang menyedihkan apabila beliau secara rasmi dipecat pihak pengurus kelab tersebut, semalam. 

    Ranieri dianggap sebagai pengurus yang memiliki magis tersendiri apabila mengemudi pasukan kerdil itu menjuarai saingan Liga Perdana England musim lalu, sekali gus dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Dunia sepanjang 2016.

    Bagaimanapun, tekanan buat pengendali berusia 65 tahun itu kian memuncak apabila sekadar memenangi lima daripada 25 perlawanan liga dan hanya dibezakan satu mata daripada zon penyingkiran.

    “Leicester City mengesahkan bahawa sudah menamatkan kerjasama dengan pengurus pasukan utama, Claudio Ranieri. Beliau merupakan pengurus Leicester paling berjaya apabila memenangi Liga Perdana England buat pertama kali dalam tempoh 135 tahun.

    “Bagaimanapun, keputusan demi keputusan yang mengecewakan dalam aksi liga domestik menyebabkan pasukan berada dalam risiko dan ahli lembaga dengan berat hati merasakan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan,” kata kelab tersebut menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

    Sementara itu, Naib Pengerusi kelab, Aiyawatt Srivaddhanaprabha menegaskan, pihaknya terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana mengambil kira kepentingan kelab pada masa depan biarpun ia satu keputusan yang cukup sukar.

    “Satu keputusan yang sangat sukar sebenarnya sejak mengambil alih kelab ini pada tujuh tahun lalu. Bagaimanapun, kami terpaksa mengenepikan sentimen peribadi kerana kepentingan pasukan mengatasi segala-galanya.

    “Claudio (Ranieri) sudah bawa perubahan yang cukup besar kepada pasukan menerusi kemahiran pengurusan serta kemampuannya memberikan motivasi kepada barisan pemain. Karisma serta tarikannya sudah menjadikan pasukan ini terkenal di mata dunia,” ujar Srivaddhanaprabha.

    Selain Ranieri, penolong pengurus, Paolo Benetti dan jurulatih kecergasan, Andrea Azzalin turut meninggalkan The Foxes. Tugas tersebut diambil alih buat sementara waktu oleh seorang lagi penolong pengurus, Craig Shakespeare dan jurulatih, Mike Stowell.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berakhirnya Mimpi Indah Ranieri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top