My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 February 2017

    Bekas Ahli Parlimen Didenda RM500



    Bekas Ahli Parlimen Julau antara 25 tertuduh yang didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terlibat dalam kegiatan perjudian sabung ayam awal bulan ini. 

    Datuk Sng Chee Hua, 70, yang juga ahli perniagaan terkemuka dan tertuduh lain dikenakan hukuman ber­kenaan selepas mengaku bersalah me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan 1973 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM500 atau kedua-dua­nya sekali jika sabit kesalahan.

    Tiga sekeluarga iaitu Rejuna Clip @ Kelit, 57, dan dua anak lelakinya, Mohd Iskandar, 32, dan Rezuandy, 30, antara tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan sama.

    Tertuduh lain adalah Lim Boon Huei, Wong Hel Wuong, Teo Siong Hin, Law Sie Raja, Yong Teck Kion, Chua Meng Hua, Mohamed Abd. Latip, Sanawi Rosli, Farizal Omar dan Ahmad Zaidi Bujang. 

    Baki tertuduh pula dikenali Estori Sani, Mohamed Ali Jais, Morshidi Kipli, Khai­ruddin Rosli, Sylvester Luyoh Wan, Shamin Hamzah, Then Su Yew, Saw Fah Kiong, Khalid Jarawi, Hamsal Semawi dan Wong Lai Sui.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Ahli Parlimen Didenda RM500 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top