My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 February 2017

    PATI Tipu Pas Masuk Penerbangan



    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar satu modus operandi baharu yang digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk masuk dan keluar ke Sarawak tanpa perlu melalui pemeriksaan imigresen di lapangan terbang negeri ini. 

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kejayaan JIM Sarawak menahan 40 PATI sejak Januari lalu telah membongkar taktik baharu tersebut. Menurutnya, hasil siasatan mendapati PATI terbabit telah memasuki Sarawak tanpa perlu me­lalui pemeriksaan pasport dengan keluar menerusi balai ketibaan domestik. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti PATI terbabit.

    “Siasatan mendapati kumpulan warga asing itu telah membeli dua tiket penerbangan iaitu satu untuk penerbangan domestik dan satu lagi bagi penerbangan antarabangsa namun apabila tiba di lapangan terbang di negeri ini, mereka menggunakan pas masuk penerbangan domestik.

    “Apabila disebut penerbangan domestik, maka sudah tentu pemeriksaan pasport tidak perlu dilakukan di kaunter pemeriksaan imigresen di lapangan terbang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JIM Sarawak di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PATI Tipu Pas Masuk Penerbangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top