Thursday, 23 February 2017

Malaysia Mahu Tangkap Diplomat Korea Utara



Polis mengesahkan seorang daripada dua suspek tidak dikenali yang diburu bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam pada 13 Februari lalu dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia. 

Pegawai diplomat itu ialah Hyon Kwang-song, 44. Seorang lagi suspek dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, yang merupakan kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara, Koryo Air.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek itu dan seorang lagi lelaki Korea Utara yang telah dikenal pasti identitinya sebelum ini, Ri Ji-u atau James dipercayai masih berada di negara ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Malaysia Mahu Tangkap Diplomat Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: JMK