My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 21 February 2017

    Kerajaan Mungkin Turun Harga Lesen PSV




    Antara penyumbang kepada kekurangan pemandu bas-bas ekspres di negara ini adalah harga untuk mendapatkan lesen PSV yang dikatakan mahal selain daripada beberapa faktor lain seperti jumlah gaji yang tidak setimpal dengan bebanan tugas yang terpaksa dipikul oleh para pemandu bas-bas ekspres di negara ini.

    Tidak dinafikan, untuk memiliki lesen PSV, seseorang itu terpaksa mengeluarkan belanja yang agak tinggi dan atas sebab inilah, boleh dikatakan, pemandu bas ekspres dilihat agak kurang. Oleh kerana kekurangan inilah, ada diantara pemandu tidak dapat rehat yang mencukupi selain daripada kegagalan operator bas untuk menyediakan pemadu kedua seperti yang dikehendaki oleh undnag-undang.

    Atas sebab inilah, semalam, kerajaan akan meliti untuk menyusun semula sistem lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) merangkumi aspek harga dan kaedah kelulusannya.

    Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, beliau berkata, harga PSV yang tinggi dan kaedah kelulusan agak rumit merupakan antara faktor menyebabkan kekurangan kapten bas ekspres yang menjadi salah satu penyumbang kepada terjadinya kemalangan maut melibatkan pengangkutan awam itu.

    Malah, antara sebab lain adalah upah perjalanan yang rendah menyebabkan pemandu bas itu sendiri tidak mahu berkongsi upah dan tidak mahu membawa kapten bas bersama mereka. Semua perkara ini perlu dibincangkan semula termasuk kebajikan dan bayaran kepada pemandu serta kapten bas bagi memastikan kadar kemalangan bas ekspres dapat dikurangkan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pengangkutan awam negara.

    Gambar Hiasan
    Menurut sumber dalaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia, cadangan Datuk Seri Nancy ini disambut dengan baik oleh pihak SPAD memandangkan, banyak kemalangan yang berlaku berpunca daripada pemandu bas ekspres yang kurang rehat selain daripada ketiadaan pemandu kedua untuk jarak perjalanan yang agak jauh.

    Pihak SPAD, katanya, sentiasa menitik beratkan keselamatan pengguna perkhidmatan bas ekspres ini kerana pihaknya jika boleh, enggan lagi mendengar kes-kes kemalangan maut yang memakan korban yang banyak.

    Disamping itu juga, pihak SPAD berharap, andai cadangan ini diluluskan kerajaan, ianya mampu menambah jumlah pemandu-pemandu bas ekspres sedia ada dan sekaligus mampu melicinkan operasi bas-bas ekspres di seluruh negara. Ini adalah satu lagi inisiatif SPAD untuk memastikan utu perkhidmatan operator bas ekspres berada pada tahap optimum dan terbaik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan Mungkin Turun Harga Lesen PSV Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top