Lincoln City mencipta sejarah baharu saingan Piala FA selepas muncul pasukan pertama daripada Liga Kebangsaan England melangkah ke peringkat suku akhir selepas kali terakhir dilakukan oleh Queens Park Rangers (QPR) pada 1914.
Kejayaan skuad yang majoriti tidak dibarisi pemain profesional dan beraksi dalam saingan liga bawahan England itu, hadir selepas berjaya melakar kemenangan dramatik ke atas pasukan Liga Perdana England, Burnley 1-0 di Turf Moor awal pagi semalam.

Dyche, 46, menyifatkan anak-anak buahnya tiada kualiti ketika melakukan serangan dan beraksi sambil lewa kerana terlalu memandang rendah kemampuan Lincoln sekali gus terpaksa menanggung malu atas kekalahan tersebut.
“Perlawanan hari ini (awal pagi semalam) tidak akan dilupakan. Ini kali pertama kami beraksi sebagai pasukan pilihan tetapi kami membenarkan kisah dogeng ini berlaku. “Saya tidak pernah mengalami pengalaman sebegini dan saya percaya para pemain dan juga penyokong-penyokong akan merasai perkara yang sama,” katanya.
0 comments:
Post a Comment