My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 February 2017

    Lelaki Parah Dibaham Sang Bedal



    Tindakan seorang pekerja sambilan mengusap hidung seekor buaya tembaga jantan seberat 800 kilogram mengundang padah apabila dia hampir maut dibaham reptilia itu di Taman Buaya Sandakan Batu 8 di sini kelmarin.

    Lelaki berusia 35 tahun itu me­ngalami kecederaan serius pada tangan kanan dan kehilangan kaki kanan sehingga paras lutut akibat dibaham buaya itu sepanjang 5.48 meter. Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa dikatakan bertindak berani mengusap hidung buaya berkenaan selepas memberikan reptilia itu makan. 

    “Tindakan lelaki itu secara tidak langsung membuatkan reptilia itu bertindak ganas dan berang lalu membaham mangsa.

    “Lelaki berkenaan sempat diselamatkan daripada terus dibaham buaya itu oleh sekumpulan kakitangan taman berkenaan yang bertindak pantas mengalihkan perhatian buaya itu,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Parah Dibaham Sang Bedal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top