Kerjasama PROTON Holdings Bhd dengan rakan strategik menjanjikan situasi menang-menang bagi kedua-dua syarikat kerana ia akan membuka peluang baharu bagi mereka untuk menembusi pasaran ASEAN yang menguntungkan.
Ini bukan saja akan membawa kepada jualan yang lebih baik bagi pengeluar kereta nasional itu, tetapi juga meningkatkan pengeluaran di kilangnya di Shah Alam dan Tanjung Malim.
Ia juga akan membolehkan rakan strategik asing itu memperoleh akses kepada kemudahan pembuatan sedia ada PROTON yang jelas menunjukkan banyak yang boleh ditawarkan syarikat kereta nasional itu kepada bakal rakan strategiknya.
Kemasukan ekuiti 51 peratus rakan kongsi asing itu, ditambah dengan suntikan dana, teknologi global, kepakaran, pengwujudan pasaran dan penjenamaan baharu, akan seterusnya membantu mengembangkan jenama PROTON di peringkat antarabangsa.
Bagi Malaysia, limpahan ekonomi dijangkakan besar kerana kerjasama strategik itu sudah pastinya dapat mewujudkan peningkatan peluang pekerjaan terutamanya bagi jurutera dan juruteknik kereta lepasan kolej dan universiti.
Justeru itu, usaha syarikat induk DRB-Hicom Bhd untuk memulihkan semula syarikat kereta nasional itu dengan menawarkan tender bagi rakan kongsi strategik berpotensi merupakan satu langkah ke arah hala tuju yang betul. DRB-Hicom memegang 100 peratus ekuiti dalam Proton.
Namun begitu, tiada nama yang disebut sejak tarikh penyerahan akhir pada 15 Februari 2017. Bagaimanapun, laporan berita pada September lalu menyatakan selain Geely Automobile Holdings yang dilaporkan mendahului saingan, pengeluar Peugeot, PSA, Suzuki Motor Corp dari Jepun dan pengeluar kereta Perancis Renault SA juga menunjukkan minat terhadap perkongsian berkenaan.
DRB-Hicom mengumumkan Rabu lepas rakan strategik asing baru akan diumumkan pada separuh pertama 2017. Dalam menganalisis kemungkinan perkongsian itu, persoalan yang timbul adalah siapakah yang mahu menjadi rakan strategik asing bagi sebuah syarikat kereta yang mencatatkan prestasi kewangan lemah dan mempunyai masalah dari segi perniagaan.
Selain itu, bahagian pasarannya juga semakin menurun. Namun jika dinilai dengan diteliti, PROTON sebenarnya memiliki sesuatu yang berharga untuk ditawarkan.
Pertama, semua kilang pemasangannya di Tanjung Malim dan Shah Alam memiliki gabungan kapasiti sehingga 400,000 kereta setahun dan dengan jualan PROTON lebih 100,000 unit setahun, kedua-dua kilang ini masih menghasilkan pengeluaran di bawah kapasiti.
0 comments:
Post a Comment