My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 22 February 2017

    Tuduhan Pyongyang Tidak Benar



    Kementerian Penyatuan Korea Selatan semalam menolak tuduhan Korea Utara bahawa Malaysia berpakat dengan Seoul dalam siasatan kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Yonhap. 

    Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol mengecam siasatan Malaysia yang menyaksikan sekurang-kurangnya lima suspek Korea Utara terlibat membunuh Kim Jong-nam (gambar kecil) minggu lalu, kata Yonhap. Beliau menuduh Malaysia “membuat pakatan sulit dan menuruti kehendak kuasa luar (Korea Selatan)” dalam siasatannya, tambah agensi berita itu.

    Menurut Yonhap, Kementerian Penyatuan menolak dakwaan Kang Chol sebagai “tidak munasabah dan tidak benar.”

    “Kenyataan Kang Chol merupakan dakwaan tidak munasabah dan tidak layak untuk diulas,” Yonhap memetik kementerian itu sebagai berkata.

    Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menerkup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai disapu racun. Beliau meninggal dunia semasa dibawa ke Hospital Putrajaya.

    Jong-nam datang ke Malaysia pada 6 Februari lalu menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. Polis Malaysia setakat ini menangkap dua wanita asing, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki Korea Utara berhubung kes itu dan memburu empat lagi warga Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam meninggal dunia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tuduhan Pyongyang Tidak Benar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top