My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 15 February 2017

    Pusat Kenderaan Komersial 3S Serba Lengkap Mercedes



    Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) dan pengedar sahnya Hap Seng Commercial Vehicle (HSCV), baru-baru ini memperkenalkan Pusat Kenderaan Komersial 3S (CV) serba lengkap di Malaysia. 

    Usaha itu dilaksanakan seiring rancangan MBM CV dan pengedar rangkaiannya untuk terus menaik taraf kualiti trak dan menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kelasnya.

    Terletak di Telok Gong di sini, Pusat 3S HSCV (Klang) itu dilengkapi sepenuhnya bagi memudahkan perkhidmatan jualan, pembaikan dan penyelenggaraan serta kewangan bagi kedua-dua jenama, kenderaan komersial Mercedes-Benz dan FUSO.

    Naib Presiden Kenderaan Komersial, Mercedes-Benz Malaysia Albert Yee berkata, sebagai sebahagian daripada cabang trak Daimler, MBM CV bersama rakan pengedarnya HSCV menyediakan Pusat Kenderaan Komersial 3S terbaru, di sini.

    Menurutnya, pembukaan pusat berkenaan membuktikan komitmen pihaknya untuk menyediakan produk kelas satu, kualiti perkhidmatan cemerlang dan kepakaran selepas jualan menyeluruh kepada pelanggan. Pusat 3S HSCV (Klang) terletak di lokasi strategik di kawasan seluas satu ekar yang mampu menyelenggara sehingga 200 kenderaan komersial sebulan.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Hap Seng Star dan Kenderaan Komersial Hap Seng, Wong Leh Seng berkata, pihaknya sudah menjalin kerjasama lebih 40 tahun dengan Mercedes-Benz Malaysia.

    “Kerjasama yang saling memanfaatkan ini membolehkan kami meluaskan rangkaian pengedar kami ke seluruh negara.

    "Kami memahami keperluan pelanggan dalam industri pengangkutan barang yang bergantung kepada kebolehpercayaan kenderaan. Kekuatan kami terletak pada keupayaan bagi memastikan tempoh kerosakan minimum supaya pelanggan boleh memaksimumkan penggunaan kenderaan mereka,” katanya.

    Yee berkata, dengan pembukaan pusat keenam itu, MBM CV dan HSCV kini meluaskan lagi kedudukan mereka di Semenanjung dan Malaysia Timur. Pusat lain terletak di Kinrara, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching dan Miri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pusat Kenderaan Komersial 3S Serba Lengkap Mercedes Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top