Korea Utara melaksanakan program perisikan dikenali ‘perangkap madu’ dengan melatih wanita-wanita cantik untuk memikat sasaran dan membunuh mereka, lapor portal Mirror kelmarin. Ejen-ejen perisik itu dipilih berdasarkan kepintaran dan kecantikan mereka dan perlu menjalani latihan selama lapan tahun.

Rekrut yang gagal berdepan hukuman mati ataupun menyebabkan keluarga mereka akan dibunuh. Wanita yang terpilih akan menjalani pelbagai latihan termasuk seni mempertahankan diri, teknik membuat bom, pengintipan sasaran dan pengendalian senjata api.
Ejen-ejen itu dipilih dalam kalangan wanita cantik dari sekolah tinggi atau universiti di serata Korea Utara. Latihan sukar selama lapan tahun itu direka bagi memastikan mereka bersedia untuk melakukan tugas kejam sekiranya diarahkan oleh Jong-un.
0 comments:
Post a Comment