My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 26 February 2017

    Cabar Ketahanan Diri


    Kekuatan serta ketahanan ‘endurance’ hampir setara. Itu ditunjukkan sebahagian peserta wanita menyertai acara larian berhalangan Elit Warrior Challenge 2017 di Taman Metropolitan Kepong baru-baru ini. Biarpun penganjurnya, Mofa Elit Holding Sdn Bhd menampilkan 15 halangan serta empat cabaran baru, pelari wanita mampu melepasi halangan terbabit. 

    Penganjuran kali kedua menyaksikan penyertaan 600 pelari dan 35 daripadanya peserta luar negara dari Kenya, Singapura, Australia, Filipina dan Kemboja. ADVERTISING inRead invented by Teads Buat pemenang pertama kategori Terbuka Wanita Colleen R Augustin, dia gembira dengan inisiatif penganjur memperkenalkan halangan terbaru pada cabaran kali ini.

    “Saya gembira dan berseronok dengan cabaran penganjuran Elit Warrior berlangsung kali ini. Biarpun terpaksa melepasi halangan turut sama dilalui peserta lelaki, saya sebahagian daripada sekelompok peserta wanita yang menyertai Elit Warrior Challenge tidak berdepan masalah. 

    “Cumanya di penghujung tiga halangan terakhir iaitu di stesen mendaki bergabung dengan cabaran ‘monkey bar’, saya mengambil masa lama disebabkan licin. Pandangan saya mengenai keseluruhan halangan ditampilkan pada perlumbaan terbabit sesuai buat mereka mahu mengenali sukan larian genre ini,” katanya.

    Menyentuh persiapan menyertai acara ini, Colleen berkata persiapan mental diperlukan selain persediaan fizikal.

    “Berdasarkan pengalaman peribadi, saya menyertai acara ini untuk mencabar diri dan rasa takut. Apabila saya mencuba dan berdepan setiap halangan, saya akan sematkan keyakinan dan beranikan diri. Untuk bekalan diri, saya lakukan larian ringan serta senaman tertentu memastikan kekuatan bahagian atas tubuh dapat ditingkatkan untuk halangan panjat,” katanya.

    Kata Colleen, bukan ganjaran dikejar sebaliknya acara seperti ini memberi inspirasi untuk dia bergerak lebih aktif menerusi pengalaman dikongsi pelari lain.

    Penganjur larian Elit Warrior juga Ketua Pegawai Eksekutif Mofa Elit Holdings Sdn Bhd, Mokhtar Abu Kassim berkata, acara membabitkan larian sejauh 7.2 kilometer bersama halangan itu berjaya menarik peminat sukan ekstrem tempatan mahupun luar negara.

    “Acara ini menawarkan hadiah wang tunai, trofi, pingat dan sijil buat lima pemenang bagi kedua-dua kategori iaitu Terbuka Wanita dan Lelaki. Acara ‘Fun Run’ dilakukan serentak membabitkan larian sejauh 3.6km tanpa halangan.

    “Dua pemenang bagi dua kategori Terbuka Lelaki dan Wanita menerima sijil, pingat dan hamper,” katanya yang turut memaklumkan tema pantai untuk acara Elit Warrior Beach Challenge bertempat di Port Dickson September depan.

    Pemenang ketiga Terbuka Lelaki, Muhammad Saddam Mohd Fitri berpuas hati dapat menamatkan larian terbabit pada kedudukan berkenaan.

    “Saya cuba mengejar rapat dua pelari Kenya yang memisahkan jarak dengan kelompok pelari lain tetapi tidak berjaya kerana mereka mengekalkan rentak larian pantas sehingga ke garisan penamat. Mengenai cabaran kali ini berbanding acara pertama di Semenyih tahun lalu, halangannya lebih santai.

    “Cumanya persaingan dalam kalangan peserta terutama dari Kenya membuatkan usaha untuk menduduki tempat pertama sukar. Harapannya kelak saya dapat menyaingi mereka dan memperbaiki rekod sendiri,” katanya.

    Tampil hebat dalam perlumbaan itu ialah Aiman Hakim Zahid dari Kampung Kemensah, Ampang, Selangor. Katanya, sebagai peserta termuda dalam acara itu, dia meyifatkan ia pengalaman mengujakan.

    “Saya seronok dapat melepasi semua acara ini. Kalau sebelum ini saya hanya terbabit dalam acara larian semata-mata, kali ini saya cuba mencabar kekuatan diri terutama mental apabila membabitkan halangan. Menarik dan mencemaskan ialah halangan ke-13 menampilkan ‘Monkey Bar’ .

    “Saya rasa berdebar memikirkan takut jatuh. Tetapi berjaya melepasi halangan itu dengan lancar,” katanya berharap untuk mencuba acara larian berhalangan lain pula nanti.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cabar Ketahanan Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top