My Blog List

Translate

  • PANAS

      Thursday, 16 February 2017

      Ejen Wanita Ditahan Di KLIA2



      Polis Diraja Malaysia berjaya menahan seorang wanita Vietnam semalam bagi membantu siasatan susulan kes pembunuhan pe­mimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang pada Isnin lalu. 

      Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita tersebut, Doan Thi Huong, 29, yang difahamkan merupakan salah seorang ejen dilapor meracun Jong-nam telah ditahan pada pukul 8.20 pagi. Kata Khalid, suspek diberkas selepas identitinya dikenal pasti menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di KLIA2.

      "Ketika ditahan, wanita terbabit berada seorang diri di KLIA2 dan mempunyai dokumen perjalanan negara Vietnam. Suspek telah dikenal pasti secara positif daripada rakaman CCTV di lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Ejen Wanita Ditahan Di KLIA2 Rating: 5 Reviewed By: JMK