My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 13 February 2017

    #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kesepuluh



    Sedar tidak sedar, sudah 10 hari para petugas media dan Barisan Nasional berkampung di Tanjong Datu. Semuanya untuk membuat liputan dan melicinkan kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS-B) dan Parti Reformasi Sarawak (STAR).

    Hari kesepuluh ini juga adalah hari pengundian awal yang melibatkan 188 orang anggota keselamatan yang akan membuang undi di dua pusat pengundian iaitu di Dewan Masyarakat Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sampadi. Berikut merupakan corat coret hari kesepuluh kempen Pilihan Raya Kecil N03, Tanjong Datu.

    1. Seawal pagi, sekitar pekan kecil Lundu sehingga Sematan ditimpa hujan yang agak lebat. Banyak juga urusan terganggu akibat hujan lebat ini namun di dua pusat pembuangan undi awal, ianya tidak menghalang kira-kira 66 peratus pengundi awal menjalankan tanggungjawab mereka seawal jam 10 pagi.

    2. Hari ini mencatatkan paling banyak program kemasyarakatan yang melibatkan para menteri di Sarawak mahupun dari pusat. Sebagai contoh, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir ke perjumpaan bersama anggota rela, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengadakan walkabout dan sebagainya.

    3. Agak menghairankan, Medan Selera Lundu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak belum dimasuki oleh para peniaga. Pada waktu pagi sehingga tengah hari, hanya tiga buah kedai sahaja dibuka sebelum jumlah ini bertambah apabila memasuki jam 4 petang.

    4. Seperti hari Ahad yang lain, pekan kecil Lundu menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli barang keperluan harian sebaik sahaja mereka selesai bersembahyang di gereja sekitar DUN Tanjong Datu. Pada hari inilah kita dapat melihat sedikit kesesakan berlaku di pekan ini.

    5. Boleh dikatakan, banyak juga aktiviti perlancongan dilihat agak terbantut kerana pekan ini ditimpa hujan sepanjang hari. Malah, di beberapa lokasi sekitar pekan Lundu, air di dapati naik sedikit sehingga menjadi banjir kilat. Namun, ia segera surut sebaik sahaja hujan berhenti.

    6. Buat pertama kali buat orang luar di sini melihat air di Sungai Lundu agak tinggi sehingga hampir melimpah ke tebing. Menurut penduduk tempatan, keadaan sedemikian biasa dilihat cuma apa yang mereka harapkan, air laut tidak pasang yang boleh memburukkan keadaan.

    7. Seperti selalu, aktiviti memancing cukup sinonim buat penduduk di sini. Buat penduduk sekitar Kampung Stunggang Melayu Lama dan sekitarnya, Jambatan Sungai Semuni dijadikan "port" buat mereka memancing hasil sungai selain daripada Tebingan Sungai Lundu dan beberap akawasan sekitar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Corat Coret Hari Kesepuluh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top