My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 26 February 2017

    TM Sumbang Wang Tunai, Makanan Ringan Kepada 94 Kanak-Kanak OKU



    Seramai 94 anak kurang upaya (OKU) di Pusat Seri Mengasih di Tanjung Aru di sini menerima sumbangan wang tunai dan makanan ringan bernilai RM5,000 daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) Sabah. 

    Sumbangan itu disampaikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong Oui Fah dalam satu majlis di pusat itu semalma yang turut dihadiri Pengurus Besar TM Sabah Sukkuriya Masri.

    Ketika berucap pada majlis itu, Yong berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TM bagi membantu kanak-kanak OKU berkenaan. 

    “Sumbangan ini menunjukkan TM adalah sebuah organisasi korporat yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Kita mahu melihat banyak lagi syarikat yang turut tampil untuk melakukan CSR seumpama ini,” katanya.

    Beliau berkata kerajaan sangat menyokong serta menggalakkan sebarang bentuk bantuan daripada sektor korporat untuk golongan yang kurang bernasib baik ini. Pusat Seri Mengasih yang ditubuhkan pada 1981 merupakan institusi kebajikan swasta bagi anak-anak kurang upaya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TM Sumbang Wang Tunai, Makanan Ringan Kepada 94 Kanak-Kanak OKU Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top