My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 February 2017

    Perancis Labur RM15b



    Malaysia semakin menjadi perhatian pelabur Perancis dengan setakat tahun lalu, negara mencatatkan RM15 bilion kemasukan pelbagai sektor pelaburan dari negara berkenaan. 

    Malah, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ketika ini membuat penilaian terhadap pelaburan berpotensi bernilai RM1 bilion daripada beberapa syarikat Perancis.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini, terdapat 270 pelbagai syarikat Perancis di Malaysia yang menyediakan kira-kira 25,000 peluang pekerjaan.

    Beliau berkata, syarikat asing berkenaan terdiri daripada sektor pembinaan, minyak dan gas serta terbaharu peruncitan di mana mereka melihat Malaysia mempunyai persekitaran perniagaan yang baik meskipun terdapat cabaran dalam ekonomi semasa.

    “Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis pada tahun lalu berjumlah RM15 bilion dengan RM5.8 bilion untuk eksport manakala RM9.5 bilion lagi nilai import.

    “Kita menjangkakan tahun ini, nilai pelaburan dari Perancis terus meningkat memandangkan pemain industri dari negara berkenaan yang sudah memulakan operasi di sini, bersedia untuk meningkatkan jumlah pelaburan mereka,” katanya selepas melawat pusat sehenti jualan barangan sukan, Decathlon di sini, semalam.

    Decathlon Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat dimiliki sepenuhnya dari Perancis yang memulakan operasi perniagaan di negara ini pada Mei tahun lalu. Syarikat itu yang menawarkan pelbagai peralatan segmen sukan daripada pelbagai jenama asing sudah melabur RM7 juta bagi membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang juga cawangan terbesar di Asia Tenggara.

    Malah, syarikat berkenaan turut berhasrat mempunyai 60 cawangan di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun dan satu daripada sasaran itu sudah beroperasi di Bandar Sri Damansara manakala cawangan kedua bakal dibuka di Subang tahun ini.

    Mustapa berkata, Decathlon yang baru beroperasi sejak sembilan bulan lalu menawarkan 90 peluang pekerjaan dan mencatatkan jualan hingga RM6 juta sebulan.

    Ditanya pendirian MITI mengenai kerjasama PROTON Holdings Berhad (PROTON) dengan rakan kongsi strategik asing (FSP), beliau berkata, kerajaan menyokong usaha syarikat berkenaan dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenainya.

    Menurutnya, kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan pemain industri termasuk PROTON, namun tidak akan mencampuri sebarang keputuan yang diambil syarikat berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perancis Labur RM15b Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top