Dalam memperkatakan dua buah Parlimen yang terletak di negeri Pahang ini, tidak dapat tidak kita harus mengakui bahawa dua buah kerusi ini adalah kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh MCA. Parlimen Raub kini diwakili oleh Ariff Sabri yang mewakili DAP manakala Parlimen Bentong dikuasai oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, Ariff Sabri berjaya menewaskan calon dari MCA Hoh Khai Mun dengan majoriti 2,814 undi. Bagi Datuk Seri Liow pula, beliau mengekalkan penguasaannya di kerusi ini dengan menewaskan calon dari PKR, Ponusamy Govindasamy dengan majoriti sebanyak 12,549 undi.

Jika di imbas semula penguasaan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Parlimen Bentong, beliau dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi berkenaan. Bukan mahu menidakkan kekuatan pembangkang, namun penduduk di Bentong sudah pasti mengenali beliau lebih lama dan yakin akan agenda pembangunan yang akan dibawa olehnya.
Persoalannya, mampukah Parlimen Raub di tawan kembali? Tidak di nafikan, pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, antara faktor yang membawa tumbangnya calon Barisan Nasional di kerusi ini adalah faktor "tsunami Cina yang menyaksikan, banyak kerusi Parlimen yang secara tradisinya dimenangi BN, tumbang ditangan pembangkang.
Pada ketika itu, Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) ditunjangi oleh PAS yang mampu mempengaruhi undi di kawasan ini. Hari ini, dengan pergolakan dalaman DAP serta Pakatan Harapan dan ketiadaan PAS seperti sebelum ini, ada kemungkinan, kerusi ini mampu ditawan semula.

Antara cabarannya termasuklah meyakinkan penduduk setempat bahawa calon ini nanti mampu menggerakkan semula Parlimen Raub kearah yang lebih baik. Banyak pembangunan infrastruktur turut dituntut untuk dilaksanakan dan paling utama, julat undi yang diterima pembangkang, harus diatasi dengan lebih baik pada kali ini.
0 comments:
Post a Comment