Sepanjang Datuk Seri Mohd Najib mentadbir kerajaan sejak 3 April 2009, pentadbiran beliau tidak pernah sunyi daripada menerima pelbagai tuduhan dan fitnah. Sebut sahaja apa yang tidak pernah difitnah pembangkang, semua telah dilakukan sehingga ada yang tergamak menuduh Datuk Seri Mohd Najib dan isteri menjadi pembunuh.
Lebih menyedihkan, sejak 2013, serangan pembangkang ini turut disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Seolah-olah "tape recorder" beliau mengulang semula semua tuduhan dan fitnah pembangkang terhadap Datuk Seri Najib sehinggalah beliau akhirnya bertindak meninggalkan UMNO buat kali ketiga pada 29 Februari 2017.
Bagi pihak Datuk Seri Mohd Najib, serangan demi serangan ini diambil beliau sebagai salah satu mainan politik. Memang agak menghairankan, bagaimana Datuk Seri Mohd Najib mampu menyerlahkan kesabarannya disaat beliau dan ahli keluarganya teruk difitnah pembangkang. Sebagai seorang manusia, bagi orang lain, mungkin sudah menzahirkan kemarahan, namun tidak bagi beliau.
Selama lebih 18 bulan, antara fitnah yang diharungi Datuk Seri Mohd Najib dan isteri adalah mencuri wang rakyat sebanyak RM 2.6 bilion. Mereka mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib dan isteri membelanjakan wang rakyat yang diperolehi menerusi 1MDB untuk kepentingan peribadi. Walaupun sudah berulang kali diberi penjelasan, namun bagi Mahathir dan pembangkang, ia adalah modal mereka dalam memburukkan imej Datuk Seri Mohd Najib dan isteri.
Hari ini, pada kunjungan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia, baginda memperkenankan pelaburan besar berjumlah USD $7 bilion (RM 30.66 juta) keatas projek Rapid Penggerang. Tidak cukup dengan itu, baginda turut menambah koata haji untuk Malaysia daripada 22,750 orang kepada 30,000 orang pada musim haji tahun hadapan.
Melihat kepada angka yang cukup besar ini, pasti dikalangan para penyokong kerajaan, ianya disambut dengan penuh syukur. Namun tidak bagi penyokong pembangkang terutamanya pentaksub Mahathir. Jika penjelasan mengenai RM 2.6 bilion pun mereka tolak, apatah lagi dengan pelaburan terbesar dalam sejarah negara dari Arab Saudi kali ini.
Apa yang pasti, sebelum keberangkatan rombongan Baginda ke Jakarta dan Bali pada 1 Mac ini, mereka kini begitu giat untuk mereka satu lagi fitnah untuk menggoyahkan pentadbiran negara walaupun pelaburan ini diumumkan sendiri oleh Baginda Raja Salman.
Jika hati sudah hitam, maka hitamlah jadinya walaupun betapa teruk kita cuba memutihkannya. Inilah gambaran awal apa yang akan mereka lakukan selepas ini. Tidak dapat dipastikan, apakah fitnah terbaru yang mereka cipta, namun jika dinilai dari sudut kerja jahat mereka sebelum ini, pastinya akan muncul idea-idea jahat untuk menjahanamkan kerajaan Malaysia hari ini.
0 comments:
Post a Comment