My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 23 February 2017

    LTAT Bayar Bonus Tertinggi


    Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pembayaran bonus sebanyak 12 peratus kepada ahli yang layak membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM685.5 juta. 

    Pembayaran bonus, masing-masing enam peratus dividen dan bonus khas dalam unit amanah saham itu dibuat sejajar peningkatan pendapatan 5.8 peratus atau RM44.2 juta kepada RM811 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM766.8 juta pada tahun sebelumnya. 

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bayaran bonus berkenaan akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum bermula hari ini. Beliau berkata, secara purata, kadar diisytiharkan kali ini lebih tinggi berbanding purata dividen dan bonus sejak LTAT ditubuhkan iaitu sebanyak 11.3 peratus.

    “Sementara itu, jumlah aset LTAT setakat 31 Disember 2016 bernilai RM9.5 bilion, meningkat sebanyak 2.2 peratus atau RM0.2 bilion berbanding RM9.3 bilion pada 2015.

    "Akaun caruman pula berjumlah RM8.6 bilion berbanding RM9 bilion pada 2015. Bagi 2016, LTAT sudah memproses permohonan pengeluaran caruman berjumlah RM1.7 bilion daripada 11,179 pencarum yang tamat perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. 

    Sepanjang 2016, LTAT juga sudah melaksanakan pelbagai pembayaran, insentif dan sumbangan kepada pencarum termasuk pembayaran kepada 1,952 pencarum yang layak membeli rumah kediaman pertama atau sebidang tanah bagi membina rumah kediaman mengikut Skim Pengeluaran Perumahan LTAT membabitkan jumlah keseluruhan RM15.9 juta.

    Selain itu, pembayaran kepada 225 pencarum atau waris mengikut Skim Faedah Kematian dan Hilang Upaya berjumlah RM7.5 juta. Daripada jumlah berkenaan, RM5.7 juta dibayar kepada 170 waris yang meninggal dunia mengikut Skim Faedah Kematian manakala RM1.8 juta lagi dibayar kepada 55 pencarum mengikut Skim Faedah Hilang Upaya.

    Hishammuddin berkata, projek pembinaan rumah mampu milik khusus untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang layak melalui Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) dengan kerjasama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) turut dilaksanakan.

    “Sebanyak 2,988 unit rumah mula dibina di Taman LTAT, Bukit Jalil, Kuala Lumpur manakala 304 unit rumah akan dibina di Bandar Segari, Perak,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: LTAT Bayar Bonus Tertinggi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top