My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 23 February 2017

    Komplot Pembunuhan Bukan Perkara Asing Buat Korea Utara



    Sehingga kini, antara topik paling hangat yang sering kali menjadi tumpuan rakyat Malaysia adalah kes berprofil tinggi melibatkan pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam. Ramai yang masih terkejut dengan pembunuhan ini kerana ianya dilakukan di tempat terbuka dan ianya turut mengaitkan konflik dalaman keluarga Kim di Pyongyang.

    Kitaa selalu disajikan dengan pelbagai imej negatif apabila membicarakan tentang Korea Utara. Kisah negatif mereka seringkali dipaparkan menerusi deretan filem-filem Hollywood yang menyaksikan kekejaman para Jeneral dan pembunuh upahan mereka beraksi. Namun, tidak sangka pula kali ini, gerak kerja tersusun mereka menjangkiti Malaysia.

    Sebenarnya, pembunuhan seumpama ini bukan perkara asing buat Korea Utara. Dilabelkan sebagai salah sebuah negara paksi "syaitan dunia" oleh Amerika, corak pemerintahan juga berasaskan kepada undang-undang yang ditetapkan oleh tentera dan juga Presiden. Jadi tidak hairan, seseorang Presiden mempunyai kuasa veto untuk menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak disukai olehnya.

    Sebelum pembunuhan Jong-nam di KLIA2, 13 Februari lalu, pakciknya yang turut menggangotai kabinet Kim Jong-un turut mati di bunuh hanya kerana ingkar dengan arahan Presiden. Malah, pernah dilaporkan oleh media antarabangsa, seseorang Jeneral yang hadir dalam mesyuarat harus segar dan tidak mengantuk. Jika di dapati mengantuk, mungkin sahaja nyawanya akan melayang akibat ditembak.

    Tidak cukup dengan itu, dekri yang dikeluarkan oleh Kim Il-sung beberapa dekad yang lalu turut menggariskan, sesiapa sahaja yang mengkhianati Korea Utara termasuk berhijrah ke Korea Selatan, nyawanya akan terus menjadi buruan ribuan ejen-ejen pembunuh dari Korea Utara. Dikatakan, tiada tempat untuk para pengkhianat ini bersembunyi.

    Kematian Kim Jong-nam di Malaysia beberapa hari yang lalu turut mendedahkan bahawa jejak Jong-nam sememangnya telah lama diikut oleh para pembunuh upahan. Menurut laporan, sekurang-kurangnya, 7 cubaan membunuhnya pernah dicatatkan di beberapa buah negara seperti di Macau, Switzerland, Singapura dan beberap buah negara yang lain.

    Namun kesemua usaha ini tidak menampakkan kejayaan sehinggalah beliau menemui ajal hasil tipu helah pembunuhnya. Bukan setakat Jong-nam sahaja yang menjadi sasaran, keluarga dan anaknya turut dijadikan sasaran pentadbiran Korea Utara, seolah-olah mahu memusnahkan terus keluarga Jong-nam dari muka bumi ini.

    Dengan memiliki reputasi sebagai negara paling misteri dan paling kuat mengamalkan sistem diktator, Korea Utara akan terus menerus "mengeksport" pembunuh upahannya keluar bagi mencari mana-mana rakyatnya yang didapati belot atau boleh mengancam kedudukan Jong-un di Korea Utara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Komplot Pembunuhan Bukan Perkara Asing Buat Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top