My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 February 2017

    Aksi Malaysia-Korea Utara Di Pyongyang Bakal Ditunda




    PERLAWANAN pembuka tirai melibatkan Malaysia menentang Korea Utara pada pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2019 mungkin akan berlangsung di gelanggang berkecuali bagi mengelak sebarang kemungkinan berlaku gara-gara konflik antara kedua-dua negara itu ekoran kes pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang, Selangor minggu lepas. 

    Jong-nam merupakan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar kecil) ketika mengesahkan perkara tersebut menjelaskan bahawa perubahan venue akan ditentukan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

    “Mengenai pertemuan melibatkan Malaysia menentang Korea Utara pada 28 Mac depan di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang, FAM telah berhubung dengan AFC serta pihak kedutaan Malaysia di Pyongyang bagi mengetahui situasi terkini dan berdasarkan perbincangan saya dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul, isu mengenai keselamatan tidak akan menjadi masalah andai perlawanan tersebut kekal diadakan di negara berkenaan.

    “Kalau FAM rasa tidak selamat, kami akan terus berhubung dengan AFC dan mereka akan membuat keputusan. Jika keadaan masih berbahaya, perlawanan tersebut akan ditangguhkan atau diubah ke lokasi berkecuali.

    “Kemungkinan besar untuk mengadakan perlawanan tersebut di gelanggang berkecuali adalah lebih tinggi,” kata Hamidin ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

    Menurut Hamidin, pihaknya akan terus memantau keadaan selain menyerahkan segala keputusan muktamad kepada pihak AFC. Sebagai rekod, skuad Harimau Malaysia yang dalam misi melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2019 dijadualkan menentang Korea Utara pada aksi pembuka tirai Kumpulan B di Pyongyang pada 28 Mac depan.

    Bagaimanapun, rantau Asia dikejutkan dengan kes pembunuhan Jong-nam di KLIA2 minggu lepas. Situasi tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan skuad kebangsaan atau bakal berlaku sebarang sekatan di Pyongyang berdasarkan ketegangan melibatkan kedua-dua negara ketika ini.

    Selain Korea Utara, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu turut diundi bersama Hong Kong dan Lebanon dalam Kumpulan B.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Aksi Malaysia-Korea Utara Di Pyongyang Bakal Ditunda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top