My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 23 February 2017

    ‘PM Mahu TMJ Terajui FAM’



    PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) mendedahkan ‘rahsia’ pertemuan baginda dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemimpin negara itu ingin menyaksikan perubahan positif berlaku dalam bola sepak tempatan. 

    Pada pertemuan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dengan Najib kelmarin, Tunku Ismail bertitah bahawa Perdana Menteri turut memahami misi dan visi baginda selepas dicalonkan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal berlangsung pada Kongres FAM ke-53, 25 Mac depan.

    “Perdana Menteri (Najib) tahu agenda saya dalam bola sepak negara dan beliau boleh nampak potensinya. Kita juga membincangkan tentang agenda serta hala tuju bola sepak negara yang ketika ini sedang melalui fasa yang membimbangkan.

    “Beliau juga memberikan so­kongan terhadap idea saya. Beliau sebenarnya ingin melihat perubahan terhadap liga dan pasukan bola sepak kebangsaan,” titah baginda pada sesi pertemuan de­ngan penyokong-penyokong bola sepak tanah air di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur semalam.

    Media sebelum ini me­laporkan beberapa pemerhati bola sepak tempatan berharap agar Tunku Ismail dipilih menjadi Presiden FAM setelah mendapat restu daripada ayahanda baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas perjumpaan dengan 14 delegasi ahli gabungan FAM di Istana Pasir Pe­langi, Johor Bahru baru-baru ini.

    Potensi untuk menyaksikan Tunku Ismail menjadi Presiden FAM baharu semakin cerah apabila ayahandanya, Sultan Ibrahim telah perkenan memberikan ‘lampu hijau’ kepada Tunku Ismail untuk bertan­ding jawatan No. 1 dalam FAM itu.

    Dalam perkembangan sama, Tunku Ismail mendedahkan niat baginda untuk membuat pusingan ‘U-turn’ kerana sebelum ini baginda pernah bertitah tidak berminat untuk menjadi Presiden FAM.

    “Saya buat (keputusan) ‘U-turn’ dan memilih untuk bertanding (pada Kongres FAM ke-53) sebab saya takut bola sepak Malaysia jatuh ke tangan orang yang salah. Saya sudi bertanding sebab suara rakyat Malaysia, ahli gabu­ngan dan juga titah daripada ayahanda saya.

    “Saya sayang JDT tetapi kini tanggungjawab saya adalah pasukan kebangsaan dan melakukan penstrukturan semula bola sepak kebangsaan,” titah Tunku Ismail.

    Ketika ditanya mengenai potensi untuk menang kerusi panas FAM itu, Tunku Ismail mengambil pendekatan merendah diri dengan menganggap peluang untuk menang adalah 50-50 selain mendedahkan pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa juga memiliki peluang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘PM Mahu TMJ Terajui FAM’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top