My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 20 February 2017

    Stacy Dapat Anak Perempuan



    Penyanyi Ummu Syaikhah Stacy Anam atau Stacy selamat bersalin anak perempuan jam 5.17 petang tadi, di sebuah hospital di sini. Berita gembira itu diumumkan suami Stacy yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim menerusi laman Instagram miliknya, Jumaat lalu.

    "Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin anak perempuan. Saya bersyukur anak kami lahir pada penghulu segala hari iaitu Jumaat.

    "Jika mengikut perkiraan, isteri dijangka bersalin hujung bulan ini. Tapi selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, doktor memberitahu agar bersedia bila-bila masa saja," katanya.

    Menurut Akim, 26, buat masa sekarang isteri dan anaknya dalam keadaan baik. "Terima kasih di atas segala doa anda semua. Insya Allah Stacy menjalani proses berpantang di sini," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Stacy Dapat Anak Perempuan Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top