My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 13 February 2017

    Kucing Punca Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang



    Lampu minyak tanah yang terjatuh dilanggar kucing dikenal pasti sebagai punca kebakaran memusnahkan empat pintu daripada 38 pintu rumah panjang Long Buang di Sungai Apoh malam Rabu lalu. Ketua Kaum Long Buang Melai Bali memberitahu bahawa kejadian itu turut menyebabkan seramai 22 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

    “Kami percaya kebakaran tersebut berpunca daripada lampu minyak tanah yang terjatuh dilanggar kucing sebagaimana dimaklumkan oleh mangsa.

    "Kebanyakan kami di sini masih menggunakan lampu minyak tanah atau pelita menerangi rumah pada waktu malam, sesetengahnya menggunakan jana kuasa sebagai sumber elektrik mereka,” katanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau semasa memberi taklimat ketika wakil rakyat tersebut melawat kampung mereka Sabtu lalu.

    Dennis berharap penduduk kampung mengambil iktibar daripada kejadian itu dan meminta mereka lebih berwaspada lebih-lebih lagi ketika meletakkan lampu minyak tanah di kawasan rendah agar tidak dilanggar binatang atau kanak-kanak.

    Dalam pada itu, beliau berkata adalah penting bagi mereka belajar asas memadamkan kebakaran termasuk menggunakan peralatan memadam kebakaran. “Dengan adanya kemahiran dan pengetahuan ini anda dapat mencegah atau mengurangkan impak kebakaran yang tercetus sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.

    Semasa lawatan itu, Dennis turut mengumumkan bantuan sebanyak RM10,000 untuk setiap keluarga mangsa terbabit daripada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Datuk Amar Douglas Uggah.

    Sementara Dennis sendiri turut menghulurkan bantuan berupa wang tunai sebanyak RM300 kepada setiap keluarga tersebut. Selain itu, mangsa kebakaran turut menerima sumbangan berupa pakaian terpakai yang didermakan oleh individu, peniaga dan pertubuhan bukan kerajaan di Long Lama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kucing Punca Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top