Antara perkara yang cukup dititik beratkan oleh kerajaan adalah kemalangan yang melibatkan kenderaan awam termasuklah kemalangan melibatkan bas-bas ekspres yang kerap dilaporkan semasa musim perayaan. Ianya mencetuskan satu dilema yang pantas mengaitkan tahap keselamatan yang disediakan oleh operator-operator bas ekspres di negara ini.
Melihat kepada perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dilaporkan berkata, melihat kepada kebimbangan masyarakat tentang tahap keselamatan kenderaan awam khususnya bas-bas ekspres yang sedang beroperasi hari ini, kerajaan mengambil inisiatif untuk menubuhkan Makmal Transformasi Bas Ekspres.

Makmal ini secara asasnya merupakan sebahagian daripada usaha Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) untuk menjalinkan kerjasama dengan kesemua kementerian, agensi, persatuan dan pemegang kepentingan untuk melibatkan diri bersama-sama mencari penyelesaian yang terbaik dan meningkatkan taraf industri bas ekspres
Dengan tertubuhnya makmal ini, pihak Kementerian dan SPAD akan memastikan kelicinan makmal ini dimana pihak SPAD telah mengenal pasti 5 kategori utama yang harus diberi perhatian. Lima kategori berkenaan adalah :
1. Mengenalpasti model perniagaan
2. Keselamatan, standard dan teknologi
3. Kebolehpercayaan perkhidmatan dan kebolehcapaian
4. Sumber tenaga dan kepakaran pemandu
5. Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) dan komunikasi.

Bagi dua minggu permulaan, tumpuan akan diberikan untuk mengenal pasti isu-isu sebenar dan mengambil kira keadaan semasa industri (melalui pengesahan data diterima daripada jururunding kaji selidik).
Lihatlah, betapa seriusnya kerajaan dan SPAD yang mahu mengatasi permasalahan yang membelenggu penyedia perkhidmatan bas ekspres di negara ini. Kita tidak mahu melihat kejadian kemalangan yang meragut banyak nyawa terus berlaku saban tahun melalui perkhidmatan kenderaan awam seperti bas ekspress. Inilah satu lagi inisiatif bagi mengatasi semua masalah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment