My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 24 February 2017

    McCabe 'Tawan' Grik



    Pelumba UnitedHealthCare Pro Cycling Travis McCabe mempamerkan kayuhan bertenaga apabila menjuarai peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Grik semalam. 

    Pelumba dari Amerika Syarikat (AS) itu melakarkan masa 5 jam 04 minit 41 saat untuk mengatasi bintang Team Wilier Triestina Filippo Pozzato, kedua manakala Ryan Gibbons (Team Dimension Data) ketiga.

    Bagaimanapun kecemerlangan itu gagal membolehkan McCabe menyarung jersi kuning (kategori individu keseluruhan) apabila ketinggalan tiga saat kepada Gibbons yang mengumpul 7:59.13s. 

    “Kami hadir dengan misi bagi melakar kemenangan dan amat penting untuk kami mendahului,” kata pelumba berusia 27 tahun itu. Jelasnya sesuatu yang membanggakan apabila meraih kemenangan peringkat di LTdL seperti dilakukan John Murphy pada edisi tahun lalu.

    “Bagi saya, kemenangan ini adalah kerana kesabaran yang dipamerkan sejak kelmarin. Kami melakukan kesilapan mudah apabila terlalu awal melakukan gerakan. Namun hari ini (semalam) kami bertenang dan hanya melakukan gerakan menuju garisan penamat pada masa tepat,” tambahnya.

    Tambahnya, dia berjaya mengawal dengan baik dua zon pendakian yang sukar semalam. Jersi teal (Raja Pecut) turut menjadi milik Gibbons yang mengumpul 26 mata manakala jersi Raja Bukit kepunyaan John Kronborg Ebsen (21). Peringkat ketiga diteruskan dari Serdang ke Pantai Remis hari ini sejauh 118 kilometer.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: McCabe 'Tawan' Grik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top