Thursday, 23 February 2017

Arahan Sekatan Perjalanan Baru Minggu Depan



Amerika Syarikat menangguhkan pengumuman arahan eksekutif baru berhubung sekatan perjalanan rakyat tujuh negara majoriti Muslim ke negara itu. Jurucakap White House berkata, arahan eksekutif baru itu akan dikeluarkan minggu depan. 

Minggu lalu, Presiden Donald Trump berkata arahan eksekutif itu akan dikeluarkan minggu ini. Katanya, arahan itu akan menangani isu perundangan yang dibangkitkan di Washington, San Francisco dan kawasan lain.

Arahan sebelum ini yang ditandatangani pada 27 Januari lalu dilaksanakan serta merta mengakibatkan huru-hara di lapangan terbang di seluruh dunia apabila pemegang visa ke Amerika Syarikat dibawa keluar dari pesawat atau dilarang masuk selepas tiba di lapangan terbang Amerika Syarikat. Namun, pelaksanaannya kemudian disekat mahkamah persekutuan negara itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Arahan Sekatan Perjalanan Baru Minggu Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK