Jika dahulu, ramai yang beranggapan bahawa, berurusan dengan negara China merupakan satu urusan yang boleh dianggap begitu sukar. Ini kerana China pada satu ketika dahulu mengamalkan dasar ekonomi tertutup menerusi idealogi komunisme dan tidak banyak yang kita ketahui mengenai negara Tembok Besar berkenaan.
Namun, sebaik sahaja China menyedari, cabaran ekonomi dunia kini lebih kepada pasaran terbuka, China akhirnya tunduk kepada desakan dunia dan membuka seluas-luasnya pasaran ekonomi mereka. Hari ini, kita dapat melihat, China bangkit dengan penuh bergaya dan kini negara berkenaan muncul sebagai salah sebuah kuasa ekonomi utama dunia.

Hanya dua buah negara sahaja yang dilihat mempunyai hubungan baik dengan Korea Utara iatu China dan Rusia di mana kebanyakan hasil dagangan Korea Utara, banyak dipasarkan atau mengimport hasil dari kedua-dua buah negara berkenaan. Dasar tutup pintu Korea Utara ini sememangnya menjadi antara perkara paling misteri yang ingin diketahui dunia hari ini.
Jika melihat kepada dasarnya yang mengamalkan dasar tutup pintu, bukan satu perkara yang menghairankan apabila pemimpin Korea Utara langsung tidak mempercayai sesiapapun termasuk sekutu rapatnya China dan Rusia. Ini semua dibuktikan dalam kes pembunuhan berprofil tinggi abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam.

Dalam hal ini, hubungan antara Malaysia dan Korea Utara juga boleh dianggap tegang dan memasuki fasa yang rumit. Ini kerana, menerusi tuduhan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol terhadap kerajaan Malaysia yang didakwanya sebagai cuba menyembunyikan sesuatu dan melakukan siasatan forensik tanpa kehadiran wakil dari Korea Utara.
Adakah Pyongyang menganggap semua perkara harus tunduk dan akur kepada kehendak mereka semata-mata? Seperti yang ditegaskan oleh Wisma Putra baru-baru ini, Malaysia mempunyai undang-undangnya yang tersendiri bagi menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan semua pihak harus menghormati undang-undang yang telah termaktub.

Perkara ini bukan lagi dalam lingkup politik semata-mata. Perkara ini memerlukan siasatan menyeluruh termasuk punca kematian Jong-nam dan waris yang hak sahaja boleh menuntut mayat Jong-nam. Persoalannya kini, adakkah Korea Utara sendiri cuba menyembunyikan fakta bahawa Kim Jong-nam sememangnya dibunuh hasil daripada arahan daripada Pyongyang?
0 comments:
Post a Comment