Ramai yang berpendapat, MCA sudah jauh ketinggalan dari DAP menerusi propaganda dan mainan politik. MCA juga dilihat seakan terkial-kial dalam menawan hati pengundi kaum Cina sehingga menyaksikan parti komponen Barisan Nasional ini banyak kehilangan kerusi pada Pilihan Raya Umum yang ke 13 lalu.
Sememangnya diakui, pada ketika itu, MCA memang mengalami kemorosotan ketara berbanding sebelumnya. Bukan setakat MCA sahaja malah kebanyakan parti komponen Barisan Nasional seperti MIC, Gerakan dan beberapa buah parti lagi turut mengalami kemorosotan ketara.
Kini setelah hampir 4 tahun berlalu, kedudukan politik pembangkang terutamanya DAP dilihat semakin terhakis. DAP sendiri mengalami konflik kepercayaan sehingga kaum Cina yang dahulunya solid menyoong DAP, sudah mula meninggalkan parti itu.
Ini belum lagi membicarakan tentang masalah salah laku pemimpin DAP sendiri yang dilihat telah menyebabkan parti itu cukup bermasalah sekarang. Lebih memburukkan keadaan, Lim Kit Siang sendiri sanggup mengorbankan kepercayaan ahlinya yang cukup fanatik membenci Tun Dr Mahathir hanya semata-mata mahu mengejar kuasa dan sokongan politik.
Melihat keadaan musuh utama MCA ini, dirasakan, inilah peluang terbaik buat MCA kembali meraih kepercayaan pengundi Cina kepada parti berkenaan. Beberapa kerusi yang dahulunya menyaksikan MCA tewas, dirasakan kali ini menampakkan peluang untuk membolehkan MCA merampas kembali dari tangan pembangkang.
Mungkin MCA perlu mempergiatkan lagi pelbagai program untuk kembali meraih sokongan kaum Cina kepada parti berkenaan. Gunakan sahaja apa jua masalah yang membelenggu DAP dan MCA juga mungkin boleh kepada akar umbi bagi melihat dan mengkaji sendiri segala kelemahan yang ada untuk memperkasakan semula MCA.
MCA bukanlah parti kecil kerana sejarah telah membuktikan, betapa pentingnya MCA kepada Barisan Nasional. Jika ada pihak kini yang meragui kemampuan MCA, mungkin apa yang berlaku di Sekinchan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar, wajar dijadikan penandda aras bahawa MCA benar-benar serius dan komited membantu Barisan Nasional mengekalkan kerusi berkenaan.
Pada Pilihan Raya Kecil berkenaan, hampir keseluruhan jentera MCA dilihat berkampung di Sekinchan dan begitu giat berkempen di sana. Hasilnya dapat dilihat menerusi peningkatan peratusan pengundi yang sudah kembali menyokong Barisan Nasional di kerusi milik DAP berkenaan. Semua orang tahu, DUN Sekinchan majoritinya adalah kaum Cina dan MCA mampu menarik semula sokongan di DUN berkenaan.
Bukan satu perkara mustahil untuk MCA menggugat semula DAP di semua kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Apa yang perlu dilakukan adalah, kembali kepada kekuatan asal, mengkaji kelemahan lalu dan mempersiap siagakan jentera Pilihan Raya lebih awal.
0 comments:
Post a Comment