My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 26 February 2017

    Arab Saudi Perkukuh Pelaburan Di Asia



    Raja Arab Saudi, Raja Salman memulakan jelajah ke Asia selama sebulan hari ini bagi memperkukuh hubungan perniagaan dan pelaburan melibatkan firma gergasi negara itu, Saudi Aramco. Baginda yang mengikuti rapat perkembangan pelan pembaharuan ekonomi Arab Saudi sejak menaiki takhta dua tahun lalu dijangka melawat Malaysia, Indonesia, Jepun dan China.

    Dalam usaha Arab Saudi mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Asia, pegawai-pegawai Indonesia berkata, Raja Salman akan diiringi oleh rombongan pengiring seramai 1,500 orang termasuk 10 menteri.

    Menteri Tenaga, Khalid al-Falih bersama para eksekutif Saudi Aramco akan mengiringi baginda, kata beberapa sumber kepada Reuters berhubung lawatan pertama Raja Salman di luar Asia Barat dan Afrika Utara sejak baginda melawat Amerika Syarikat (AS) pada 2015.

    Pegawai Arab Saudi berminat menarik pelabur Asia untuk penjualan lima peratus pegangan saham Saudi Aramco pada 2018, yang dijangka menjadi tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia selain meminta nasihat kewangan daripada bank-bank yang mempunyai hubungan dengan China. 

    Bank dan syarikat Asia juga dijangka memainkan peranan penting dalam rancangan kerajaan itu untuk membina industri bukan minyak dan mengembangkan pelaburan antarabangsanya, sebahagian usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak.

    Kerajaan itu telah menandatangani 15 draf perjanjian dengan China pada Ogos tahun lalu untuk pembinaan rumah di Arab Saudi selain projek air dan penyimpanan minyak semasa lawatan anaknya, Timbalan Putera Mahkota, Mohammed Salman yang menerajui pelan pembaharuan ekonomi.

    Arab Saudi juga bersetuju untuk melabur sebanyak AS$45 bilion (RM200 bilion) dalam dana teknologi baharu bersama syarikat Jepun, SoftBank Group. Di Malaysia, Arab Saudi dijangka menandatangani kerjasama dengan syarikat Petroliam Nasional Bhd.

    (Petronas) bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Arab Saudi Perkukuh Pelaburan Di Asia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top