My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 21 February 2017

    Anggota Tentera Dan Ibu Saudara Maut Kemalangan



    Seorang anggota tentera dan ibu saudaranya maut selepas kenderaan empat roda yang dinaiki mereka bersama empat lagi ahli keluarga lain terbabas dan terjatuh ke gaung di Kilometer 7, Jalan Merotai-Dumpas, dekat sini, malam kelmarin. 

     Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, pemandu Yusop Yaris, 44, dari Markas Angkatan Bersama (ATB) Kem Kukusan, di sini, maut di tempat kejadian manakala Morni Sirat, 57, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Besar Tawau.

    Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Empat mangsa lain ialah suami Morni, Rukidi N.D Rosdi, 64, dua anaknya, Musniyah, 32, Khairunisa, 20, dan cucunya Mohamad Aqil Zaqan Abdul, 3, tidak mengalami kecederaan, katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis Isuzu Dmax yang dinaiki mereka dalam perjalanan dari Lawas, Sarawak menuju ke bandar Tawau. “Apabila tiba di lokasi kejadian kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik dan terhumban ke dalam gaung,” katanya.

     Difahamkan jenazah Yusop diuruskan pihak Angkatan Tentera Malaysia dan telah dibawa ke rumah isterinya di Taman Ria, di sini, manakala jenazah Morni akan dikebumikan selepas solat Asar. 

    Tinjauan media di kediaman Morni di jalan Mawar Kampung Jawa, di sini, mendapati saudara-mara, jiran tetangga, anggota tentera serta Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Tawau menziarahi jenazah mangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anggota Tentera Dan Ibu Saudara Maut Kemalangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top