My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 February 2017

    Menang Setiap Hari



    ASUS Malaysia menganjurkan kempen media sosial terbaharunya, ‘38 Days of Storm’ bagi telefon pintar Zenfone 3 Max 5.5 (ZC553KL) dengan hashtag kempen, #takhabishabis. Kempen hebat itu menawarkan pemberian berterusan telefon pintar Zenfone 3 Max sebanyak 38 unit untuk dimenangi mulai hari ini. 

    Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, ASUS Malaysia berkata, pengguna dan peminat ASUS digalakkan melayari laman Facebook dan Instagram ASUS Malaysia untuk kaedah kempen pemberian hadiah sosial #takhabishabis.

    Bagi laman Facebook, orang ramai boleh melayari http://www.facebook.com/asusmalaysia/ manakala Instagram pula boleh melayari http://www.instagram.com/asusmobilemalaysia/. ZenFone 3 Max ialah telefon pintar berdefinisi tinggi (HD) penuh dengan paparan 5.5 inci dan kuasa bateri yang boleh digunakan sepanjang hari tanpa gusar dengan kapasiti kuasa sel bateri 4100mAh.

    ZenFone 3 Max sentiasa bersedia digunakan dengan masa sedia hingga 38 hari dengan rangkaian 4G. Selain itu, pengguna juga boleh menikmati 19 jam khas untuk melayari laman web melalui WiFi atau 72 jam untuk mendengar muzik kegemaran anda, semuanya dengan sekali cas saja.

    “Bukan itu saja, ZenFone 3 Max berupaya menjadi bank kuasa untuk mengecas peranti digital anda yang lain dan jika peranti kehabisan tenaga, tidak lagi perlu susah hati kerana hanya perlu sambungkan dengan ZenFone 3 Max dan ia bersedia digunakan di mana-mana,” katanya.

    Nantikan lebih banyak maklumat terkini mengenai butiran hadiah kempen melalui hebahan media sosial ASUS hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Menang Setiap Hari Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top