Honda City, iaitu model kereta terlaris edaran Honda Malaysia sudah dibuka untuk tempahan awal bagi model terbaharunya di semua 88 pengedar Honda yang sah di seluruh negara bermula 1 Februari lalu.
Model Honda City terbaharu yang dipertingkatkan ini ialah model generasi keempat yang telah membuktikan ianya sebagai peneraju kenderaan segmen B dengan lebih daripada 100,000 unit dijual sejak ia dilancarkan pada Mac 2014.

Selain itu, Honda City terbaharu ini memberikan keseimbangan ideal untuk prestasi pemanduan dan kecekapan bahan api. Ianya dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi boleh laras berterusan (CVT) teknologi ‘Honda Earth Dreams Technology’ untuk semua varian model ini.
Honda City terbaharu ini lebih bergaya dan anggun dengan roda aloi dwi-tona warna. Untuk varian V, lampu besar LED dengan LED ‘Daytime Running Lights’ (DRL) dan lampu kabus hadapan LED dipasang bagi rupa luaran yang lebih segar.
Manakala di bahagian belakang pula dilengkapi dengan ‘spoiler Duck Tail’ dengan lampu brek LED, lampu belakang LED dan kamera unduran pelbagai sudut. Ciri-ciri tambahan ini bukan sahaja meningkatkan penampilan malah menjadikan Honda City terbaharu ini lebih praktikal.

Semua varian Honda City terbaharu akan dilengkapi dengan butang ‘push start’ dan ‘smart entry’ sebagai kemudahan tambahan kepada pelanggan. Honda City terbaharu akan terus menjadi penanda aras bagi keselamatan dalam segmen B dengan ciri-ciri keselamatan standard untuk semua varian seperti sistem ‘Vehicle Stability Assist’ (VSA), ‘Hill Start Assist’ (HSA) dan ‘Emergency Stop Signal’ (ESS).
Sistem VSA berfungsi untuk menstabilkan Honda City terbaharu dengan mengurangkan pembelokan stereng ketika memandu dalam keadaan yang tidak dijangka atau ketika mengambil selekoh rapat.
Untuk sistem HSA pula, ia membantu mengelakkan kenderaan daripada berpusing ke belakang apabila brek dilepaskan pada kedudukan condong, manakala sistem ESS menjadikan lampu brek belakang dan lampu berjaga-jaga menyala terang secara automatik sebagai amaran kepada kenderaan berhampiran semasa kereta membrek secara tiba-tiba.

Dengan pelancarannya yang dijangka pada suku pertama tahun ini, pelanggan boleh menjadi antara yang pertama untuk memiliki Honda City terbaharu dengan membuat tempahan awal di mana-mana pengedar Honda yang sah di seluruh negara sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my.
0 comments:
Post a Comment