My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 26 February 2017

    Tiada Pegawai Dari Kedutaan Tampil



    Belum ada pegawai dari kedutaan Korea Utara tampil membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam (gambar kecil) yang mati pada 13 Februari lalu. 

    Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, PDRM masih memberi masa kepada pihak kedutaan untuk beri kerjasama termasuk memberi notis bagi meminta individu berkenaan tampil membantu siasatan.

    “Kita beri masa kepada pihak kedutaan untuk beri kerjasama sepatutnya termasuk mengeluarkan notis bagi meminta individu berkenaan hadir bagi disiasat.

    “Namun sekiranya notis tersebut tidak dipatuhi, kita akan meminta mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap,” ujarnya ketika disoal mengenai kerjasama daripada pihak Kedutaan Korea Utara bagi membolehkan pegawainya disoal siasat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiada Pegawai Dari Kedutaan Tampil Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top