My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 15 February 2017

    Sembilan Pemancing Nyaris Maut



    Belum tamat lagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) insiden bot katamaran yang karam di perairan Pulau Mengalum pada 28 Januari lalu, sebuah lagi bot jenis sama dilaporkan mengalami kerosakan dan hampir karam di perairan Pulau Sapi kelmarin. 

    Bot yang membawa sembilan pemancing dan lima kru itu berlepas dari Jeti Sutera Harbour Resort pada pukul 9 pagi sebelum terkandas di kedudukan 11 batu nautika barat daya dari Pulau Sulug.

    Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, bot katamaran yang me­ngalami kerosakan enjin itu kemudian hanyut dari lokasi memancing kira-kira pukul 11 pagi.

    Katanya, sembilan pemancing terlebih dulu diselamatkan dua bot milik Sutera Harbour Resort pada pukul 3 petang manakala lima kru bot enggan pulang kerana ­ingin membaiki bot katamaran terbabit. 

    Bagaimanapun, disebabkan bimbang tahap keselamatan lima kru bot yang didapati belum tiba di jeti dalam tempoh sejam selepas kepulangan kumpulan pemancing berkenaan, pemilik bot katamaran segera membuat laporan kecemasan kepada pihak berkuasa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sembilan Pemancing Nyaris Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top