Kira-kira 7 hari yang lalu, seluruh dunia terkejut apabila mendengar berita kematian anak sulung bekas Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam. Masing-masing tidak percaya bahawa Jong-nam akhirnya menemui ajal di tempat terbuka hasil daripada helah licik pembunuh upahan dari negara kelahirannya sendiri.
Sebenarnya, pembunuhan Jong-nam ini sememangnya sudah lama dirancang oleh kerajaan Korea Utara yang kini dipimpin oleh adik tirinya, Kim Jong-un. Sejak Jong-un menjadi pemerintah agung di Korea Utara, sekurang-kurangnya 7 kali percubaan membunuh Jong-nam dilancarkan namun kesemuanya menemui kegagalan sehinggalah Jong-nam akhirnya "tewas" di KLIA2.

Semuanya gara-gara ungkapan Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang mempersoalkan cara Polis DiRaja Malaysia menjalankan siasatan berhubung kematian Jong-nam. Apa yang menariknya, Kang Chol berulang kali menyebut nama "Kim Chol", individu yang dinamakan pihak kedutaan Korea Utara yang menemui ajal di KLIA2 baru-baru ini.
Malah, pihaknya turut menuduh kerajaan Malaysia seperti menyembunyikan sesuatu apabila bertegas mahu mengadakan bedah siasat lebih awal tanpa persetujuan Pyongyang. Tanpa berselindung, Kang Chol turut menuduh pihak PDRM dan kerajaan melakukan siasaatan yang berat sebelah dan melanggar apa yang kononnya telah dipersetujui sebelum ini.
Tindakan Kang Chol ini nyata amenimbulkan perasaan kurang senang Wisma Putra yang bertindak memangil pulang Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad bagi proses perundingan. Malah semalam, Kang Chol telah dipanggil ke Kementerian Luar semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan beliau terhadap kerajaan Malaysia.

Namun begitu, reaksi yang ditunjukkan oleh China selaku sekutu rapat Korea Utara sejak sekian lama, agak sedikit mengejutkan. Beijing dilaporkan kecewa dengan sikap Korea Utara yang sanggup bertindak di luar kawalan hanya semata-mata mahu menghapuskan pencabar kedudukan Jong-un sehingga adakalanya memasuki Macau tanpa kebenaran China.
Untuk rujukan, Macau adalah wilayah yang dikuasai oleh China dan sebarang pencerobohan, walaupun dari sekutu rapatnya sendiri bakal mengundang kecaman keras dari Beijing. Sehingga semalam, Beijing telah menggantung beberapa urusan dengan Korea Utara sebagai membantah apa yang disifatkan Beijing sebagai tindakan ganas yang tidak boleh diterima.
Mungkin ini adalah faktor mengapa pendirian Pyongyang sehingga kini masih belum jelas. Tiada sebarang kenyataan rasmi dari Istana Presiden kecuali reaksi keras dari pihak Kedutaan Prongyang di Malaysia.

Mungkin atas pengaruh China yang kuat inilah yang menyebabkan, Malaysia masih mampu menangani masalah ini walaupun secara lahiriahnya, hubungan Putrajaya - Pyongyang agak sedikit tegang. Namun percayalah, dalam hal ini, Beijing akan menjadi penyelamat dan sekaligus menamatkaan keteganga diplomatik ini.
0 comments:
Post a Comment