My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 February 2017

    MCA Sedia Bertemu PAS



    Ramai yang menganggap, MCA seperti enggan langsung duduk semeja dengan PAS untuk membincangkan banyak perkara berhubung isu-isu masyarakat. Ada yang mendakwa, pendapat MCA  tidak selari dengan pendirian UMNO berhubung kerjasama yang kini terjalin antara parti tunggak Barisan Nasional berkenaan dengan PAS.

    Namun semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan menzahirkan kesediaan MCA untuk duduk berbincang dan menjalinkan kerjasama dengan PAS mengenai nilai-nilai tertentu seperti pendidikan, pembangunan ekonomi serta masalah-masalah kemasyarakatan.

    Walau bagaimanapun, menurut beliau, cadangan Pas untuk meningkatkan hukuman maksimum seperti terdapat dalam Pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) boleh menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada rakyat di negara ini, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

    Beliau menegaskan, MCA bukanlah parti yang menentang Islam, dan juga tidak mempunyai hasrat untuk campur tangan hal ehwal membabitkan umat Islam. MCA bagaimanapun tidak boleh mendiamkan diri kerana isu pindaan RUU 355 ini turut merisaukan kaum lain.

    Dalam dunia moden hari ini, meningkatkan hukuman bukanlah matlamat sebenar, sebaliknya pendidikan perkara asas perlu jadi keutamaan. Walaupun soal hukuman dan pendidikan adalah isu kontroversi, namun bukti daripada sejarah dan dunia moden hari ini memberikan pendidikan adalah lebih penting daripada mengenakan hukuman.

    Namun begitu, MCA setuju dalam isu-isu seperti pendidikan, kerja amal, perpaduan dan pembangunan, tetapi tidak memberi galakan soal hukuman kerana ia hanya boleh memecahbelahkan dan mendatangkan kecurigaan antara kaum, serta tidak membawa sebarang faedah kepada negara.

    Beliau juga menyangkal pendapat sesetengah pihak yang mendakwa MCA begitu anti dengan RUU355 cuma mereka memerlukan masa untuk memahami keperluan dan menerangkan banyak perkara yang berbangkit berhubung isu ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MCA Sedia Bertemu PAS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top