My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 14 February 2017

    Korban Gas Stor Beras



    Seorang anak kapal maut manakala tiga lagi cedera akibat kebocoran gas dari tempat simpanan beras ke bilik kawalan enjin di sebuah kapal kargo membawa muatan beras di luar perairan Kota Kinabalu, tengah hari, semalam. 

    Mangsa, warga Vietnam, Hong Van Chuyen, 34, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala tiga lagi yang juga warga Vietnam dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital sama.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khairul Azwan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.34 petang dari Pelabuhan Kota Kinabalu.

    “Kapal kargo dinaiki 21 warga Vietnam termasuk kapten kapal dari Vietnam ke Filipina itu dipercayai mengalami kebocoran gas dan terdapat empat mangsa. Sebaik kapal kargo itu berlabuh di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu jam 6.30 petang tadi (semalam), anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terhidu bahan kimia,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

    Menurutnya, semua mangsa dihantar ke HQE manakala yang lain tidak cedera. “Namun, seorang mangsa disahkan maut manakala tiga lagi yang cedera kini dilaporkan stabil,” katanya. Operasi menyelamat membabitkan 35 anggota bomba termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

    Difahamkan, 17 kru kapal termasuk kapten dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan. Kapal kargo itu bertolak dari Ho Chi Minh, Vietnam, jam 3.23 pagi, Khamis lalu dan dijadual tiba di Filipina jam 9.30 pagi hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Korban Gas Stor Beras Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top