My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 February 2017

    Enam Laluan MyBas Perlis Dihentikan


    Sejak beberapa tahun lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD) memperkenalkan MyBas yang meliputi beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Penseragaman bas henti-henti ini dilihat sebagai satu lagi alternatif SPAD untuk menjadikan pengangkutan awam negeri berada dalam keadaan baik, tersusun dan menitik beratkan keselamatan pengguna.

    Namun begitu, di Perlis, sebanyak enam laluan perkhidmatan bas henti-henti, MyBas terpaksa dihentikan berikutan tiada sambutan penduduk di sini.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Sabry Ahmad, langkah itu yang dilaksanakan sejak 1 Februari lalu adalah bertujuan untuk mengurangkan kerugian terpaksa ditanggung kerajaan berikutan ada antara laluan didapati kurang lima penumpang sehari.

    Ujar beliau, sehingga kini kerajaan terpaksa menanggung kos sehingga 95 peratus menerusi pemberian subsidi berbanding sasaran asal iaitu 60 peratus selepas lebih setahun pengangkutan awam itu beroperasi.

    Beliiau turut mendedahkan, beberapa laluan baharu diperkenalkan antaranya adalah perkhidmatan ke Jitra, Changlun dan Alor Setar, Kedah yang dijangka mendapat permintaan lebih baik. Malah kekerapan laluan juga me­ngalami sedikit perubahan iaitu waktu puncak sebe­lah pagi dan petang dikekalkan setiap jam manakala tengah hari dikurangkan.

    Beliau juga memberitahu, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak SPAD untuk memenuhi permintaan perjalanan me­masuki Universi­ti Teknologi Mara (UiTM) Arau

    Menurutnya, selain menamatkan laluan tertentu seperti ke Wang Kelian, Bukit Air dan Sungai Baru serta mewujudkan laluan baharu, SPAD juga menggabungkan beberapa laluan. Walau bagaimanapun, katanya, segala perubahan laluan tersebut tidak melibatkan sebarang pertambahan perbatuan.

    Dalam perkembangan yang sama, Datuk Sabry berkata, tujuh stesen pertukaran MyBas masih dikekalkan iaitu Bukit Temiang, Kangar, Arau, Simpang Empat, Mata Air, Bukit Keteri dan Kaki Bukit.

    Bagi Stesen Arau, ianya telah dipindahkan di bahagian luar Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tetapi MyBas tetap masuk ke kawasan berkenaan untuk mengambil penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan Komuter.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Laluan MyBas Perlis Dihentikan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top