My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 16 February 2017

    Abang Tiri Jong-un Pernah ‘Minta Nyawa’



    Abang tiri pemimpin Korea Utara yang dibunuh di Malaysia merayu untuk nyawanya selepas cubaan membunuhnya pada 2012 gagal, kata sebuah jawatankuasa wakil rakyat Korea Selatan selepas mendengar taklimat ketua agensi perisikan negara itu semalam. 

    Kim Jong-nam, 45, mati selepas dilaporkan diserang oleh dua wanita dipercayai ejen Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lalu. Jong-nam merupakan anak sulung bekas pemimpin tertinggi Korea Utara, mendiang Kim Jong-il dan pernah menjadi pewaris dinasti pemerintahan negara komunis itu.

    Namun, Jong-nam disisihkan susulan insiden memalukan apabila beliau ditahan ketika cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu untuk melawat taman tema Disneyland. Jong-nam kemudian tinggal dalam buangan terutamanya di wilayah China, Macau, sementara Jong-un mengambil alih pemerintahan Korea Utara selepas kematian bapa mereka pada Disember 2011.

    Pada 2012, Pyongyang cuba membunuh Jon-nam, kata kumpulan wakil rakyat Korea Selatan itu selepas taklimat oleh ketua Perkhidmatan Perisikan Nasional, Lee Byung-ho. “Menurut Byung-ho, terdapat satu cubaan membunuh Jong-nam pada 2012, manakala pada April tahun yang sama, beliau menghantar sepucuk surat kepada Jong-un menyatakan

    "Tolong jangan bunuh saya dan keluarga saya. Surat itu turut menyatakan bahawa kami tidak tahu ke mana lagi hendak dituju dan satu-satunya cara untuk melepaskan diri adalah dengan membunuh diri,” kata wakil rakyat yang menganggotai jawatankuasa perisikan Parlimen, Kim Byung-kee kepada wartawan sambil menambah, Jong-nam tidak berpengaruh di Korea Utara dan bukan ancaman kepada Jong-un.

    Bekas isteri dan isteri Jong-nam serta tiga anaknya menetap di Beijing dan Macau, kata seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Lee Cheol-woo. “Mereka dilindung pihak berkuasa China,” katanya. Cheol-woo berkata, Jong-nam memasuki Malaysia pada 6 Februari lalu, seminggu sebelum kematiannya.

    Pembunuhan Jong-nam merupakan kematian berprofil paling tinggi di bawah rejim Jong-un sejak bapa saudara pemimpin Korea Utara itu, Jang Song-thaek dihukum mati pada Disember 2013. Jong-nam yang dipercayai mempunyai hubungan dengan golongan elit Beijing lantang mengkritik sistem politik Pyongyang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Abang Tiri Jong-un Pernah ‘Minta Nyawa’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top