Seramai 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Bagor Laut di sini sekitar jam 10.30 pagi semalam. Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hatta Gobel, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus dimaklum mengenai kebakaran itu.
“Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak menjilat rumah-rumah berkenaan. Seramai 10 anggota memulakan kerja memadam serta mengawal kebakaran menggunakan empat aliran pam pili bagi mempercepat kerja memadam kebakaran,” ujarnya.

Api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian iaitu sekitar jam 11.07 pagi. Beliau menambah punca kebakaran serta anggaran kerugian ditanggung penghuni belum dapat dipastikan sementara menunggu siasatan terperinci. Keluarga terjejas, katanya, tinggal sementara di rumah keluarga berdekatan sementara menunggu rumah baharu dibina kelak.
0 comments:
Post a Comment